Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Malim minta bantuan sebelum kapal langgar jambatan

Mar 28, 2024 | 04:54 PM



BALTIMORE (Maryland): Malim kapal kargo yang melanggar jambatan lebuh raya ke Pelabuhan Baltimore membuat panggilan radio untuk mendapatkan bantuan bot tunda dan melaporkan kehilangan kuasa tenaga, beberapa minit sebelum kejadian itu, kata pegawai keselamatan persekutuan pada 27 Mac.


Pegawai berkata demikian dengan memetik rakaman audio daripada “kotak hitam” perakam data kapal itu.

Ketua Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan (NTSB) Amerika Syarikat juga berkata Jambatan Francis Scott Key, sebuah saluran trafik di atas pelabuhan yang dibina pada 1976, tidak mempunyai lebihan struktur kejuruteraan yang biasa ada pada jambatan lebih baru, menjadikannya lebih terdedah kepada keruntuhan bencana.

Maklumat baru mengenai bencana maut itu muncul sehari selepas kapal kontena besar berdaftar di Singapura itu, ‘Dali’, yang sedang belayar keluar dari Pelabuhan Baltimore menuju ke Sri Lanka, melaporkan kehilangan kuasa dan masalah keupayaan untuk bergerak, sebelum melanggar tiang sokongan jambatan tersebut.

Kesan pelanggaran pada 26 Mac itu menyebabkan jambatan itu tumbang ke dalam muara Sungai Patapsco hampir serta-merta, menyekat lorong perkapalan dan memaksa penutupan selama tempoh yang belum diketahui Pelabuhan Baltimore, antara yang paling sibuk di Laut Timur Amerika Syarikat.

Pada 27 Mac, sebuah pasukan NTSB telah menaiki kapal itu untuk mula menemu bual dua malim dan 21 kru tetap kapal itu, menurut ketua lembaga itu, Cik Jennifer Homendy.

Penyiasat juga mula menyemak maklumat yang dikumpul daripada Perakam Data Pelayaran kapal, termasuk trafik radio antara malim dan pihak berkuasa yang berpangkalan di pantai.

Malim kedengaran meminta bantuan bot tunda beberapa minit sebelum nahas itu, tanda pertama ia dalam kesukaran, diikuti laporan radio bahawa kapal itu kehilangan semua kuasa dan sedang menghampiri jambatan, kata pegawai NTSB pada satu taklimat media.

Rakaman video yang merakam kemalangan itu menunjukkan lampu kapal berkelip, kemudian hidup semula sekejap sebelum padam semula.

Cik Homendy berkata data perakam “konsisten dengan gangguan bekalan elektrik” tetapi sama ada bekalan elektrik terputus sepenuhnya belum disahkan.

Perakam juga merakam arahan kepada anak kapal supaya menjatuhkan sauh, mungkin bertujuan memperlahankan kapal itu.

Daripada 4,700 kontena di atas kapal itu, 56 menyimpan bahan berbahaya tetapi tidak ada ancaman ke atas pada orang ramai, kata Laksamana Muda Peter Gautier, daripada Pengawal Pantai Amerika Syarikat.

Dua kontena terhumban ke dalam air tetapi ia tidak mengandungi bahan berbahaya. Kapal itu membawa lebih 1.5 juta gelen minyak bahan api, tambahnya.

Keutamaan Pengawal Pantai AS ialah memulihkan laluan air untuk perkapalan, menstabilkan kapal itu dan mengeluarkannya dari situ. – Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >