Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Keppel teroka peluang dalam ekuiti, prasarana privet

Mar 28, 2024 | 06:17 PM



Sedang Keppel mengalihkan tumpuan ke arah menjadi pengurus aset, ketua pegawai eksekutif (CEO) syarikat tersebut, Encik Loh Chin Hua, berkata kumpulan itu sedang meneroka pelbagai peluang dalam pasaran dan prasarana ekuiti privet.

Langkah itu adalah sebahagian usaha berterusan syarikat tersebut untuk menghasilkan aliran pendapatan berulang yang mantap, lapor The Straits Times (ST).


Dengan mengembangkan kedua-dua pendapatan dan margin berulang syarikat itu, Keppel akan “lebih hampir” mencapai sasaran pulangan atas ekuiti sebanyak 15 peratus secara berterusan, kata Encik Loh dalam laporan tahunan bagi tahun kewangan 2023 Keppel.

“Kami yakin dapat mencapai sasaran ini sebelum 2030,” ujar beliau.

Encik Loh akur bahawa pasaran ekuiti privet sedang mengalami pelbagai cabaran sejak beberapa tahun lalu disebabkan kebimbangan mengenai kemelesetan ekonomi dan kadar faedah meningkat.

Bagaimanapun, beliau berkata inflasi yang berkurang dan kadar faedah yang mantap bermakna kecairan pasaran akan menjadi bertambah baik secara beransur-ansur menjelang akhir 2024.

Ini boleh menandakan wujudnya lebih banyak peluang mengumpul dana dan membuat urus niaga.

Walaupun keadaan pasaran bertambah baik, rakan kongsi terhad (LP) dijangka terus membuat pemilihan bagi strategi pelaburan dan kelas aset, dengan memberi keutamaan kepada sektor yang disokong trend makro berdaya tahan, seperti peralihan tenaga, tindakan iklim dan pendigitalan.

Menurut Encik Loh, trend tersebut mendorong permintaan bagi huraian Keppel.

Beliau juga amat optimistik mengenai sektor prasarana, dengan mengatakan bahawa ia dijangka menjadi salah satu kelas aset paling pesat berkembang dalam beberapa tahun akan datang.

“Sejumlah besar modal diperlukan bukan sahaja untuk menggantikan prasarana yang semakin usang, malah menyediakan huraian lebih maju yang diperlukan untuk pembangunan mampan,” jelas beliau.

Pada akhir 2023, jumlah kontrak bekalan dan perkhidmatan berkaitan prasarana Keppel kian meningkat dan mencecah $4.3 bilion, dengan pendapatan bakal diraih dalam tempoh 10 hingga 15 tahun mendatang.

Pada tahun kewangan 2023, pendapatan berulang kumpulan itu melonjak 54 peratus berbanding tahun kewangan 2022 kepada $773 juta, pada umumnya disebabkan sumbangan lebih baik daripada segmen prasarana Keppel.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >