Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Waspada beli produk pelaburan, insurans

Apr 28, 2024 | 05:30 AM



Ramai orang tidak faham bahawa “pelan insurans yang membantu anda menyimpan” bukanlah akaun simpanan dengan faedah yang lebih tinggi tetapi produk pelaburan jangka panjang yang disertai risiko.

Sebaik sahaja anda telah mendaftar untuk membuat pelaburan atau pelan endowmen tersebut, anda tidak akan dapat mengeluarkan wang yang telah anda masukkan selama sekurang-kurangnya satu dekad atau mungkin lebih lama, lapor The Straits Times.


Jika anda ingin keluar daripada pelan berkenaan selepas hanya beberapa tahun, anda mungkin akan kerugian besar dan tidak akan mendapat kembali apa yang telah anda laburkan.

Produk sedemikian dimaksudkan untuk disimpan untuk jangka panjang dan pemegang insurans boleh melihat keuntungan hanya selepas 10 tahun atau lebih.

Keuntungan yang diunjurkan biasanya tidak dijamin sepenuhnya dan akan bergantung kepada prestasi dana.

Di sebalik sifat produk sedemikian, beberapa jurujual yang tidak bertanggungjawab akan mencuba sedaya upaya untuk mempengaruhi pelabur, lebih-lebih lagi pesara yang tentunya bukan pelanggan yang sesuai.

Pesara tidak lagi berpendapatan, dan ramai yang akan tertekan untuk melunaskan pembayaran wajib dan tetap.

Walaupun mereka mempunyai simpanan yang mencukupi untuk berbuat demikian, mereka perlu menunggu lebih sedekad sebelum pelaburan balik modal, apatah lagi menikmati keuntungan.

Penguasa Kewangan Singapura (MAS) telah menetapkan banyak perlindungan untuk pengguna yang terdedah kepada amalan jualan sedemikian.

Sebagai contoh, sesiapa yang cuba menjual produk kepada mereka yang berumur lebih 62 tahun dan tidak mahir bertutur atau menulis bahasa Inggeris, mesti mengambil lebih banyak langkah untuk mengesahkan bahawa pelanggan tersebut benar-benar memahami risiko dan faedah produk tersebut.

MAS menyatakan bahawa sesetengah warga emas yang membeli produk sedemikian pada masa lalu tidak memahami sepenuhnya ciri dan risiko utama.

Ada yang tidak sedar bahawa mereka telah membeli produk pelaburan.

Sebagai semakan lapisan kedua, penyelia jualan perlu membuat susulan dengan menghubungi pelanggan yang menandatangani tawaran untuk memastikan mereka memahami produk yang mereka beli sebelum tawaran boleh diselesaikan.

Jika anda mahukan persaraan yang dirancang dengan baik, anda harus melakukan pemeriksaan sendiri sebelum menandatangani sebarang tawaran kerana tidak banyak yang boleh dilakukan oleh pengawal selia untuk melindungi anda daripada penjualan yang tidak beretika.

Ambil perhatian terhadap dua langkah tambahan ini yang boleh membantu anda memutuskan sama ada sesuatu produk berbaloi untuk dibeli.

Usah terpengaruh
dengan unjuran pendapatan

Oleh kerana tiada siapa yang dapat menjangka masa depan, anda harus mengambil unjuran pendapatan untuk mana-mana produk pelaburan dengan berhati-hati.

Ini kerana anggaran keuntungan mungkin berlaku tetapi ia juga boleh lenyap jika berlaku kemelesetan besar.

Daripada membeli produk yang menjanjikan pulangan tinggi, lihat hasil terjamin dan senario terburuk supaya anda tahu perkara yang boleh dijangkakan jika keadaan menjadi suram.

Jangan sekali-kali menandatangani apa-apa melainkan anda jelas tentang syarat yang melibatkan penamatan awal.

Ramai pelabur lebur atau rugi besar apabila mereka perlu mengeluarkan wang dengan segera.

Akhir sekali, sentiasa bandingkan sebarang unjuran hasil pelaburan dengan produk yang stabil seperti deposit tetap, bon pemerintah dan Tabung Simpanan Pekerja (CPF), yang kesemuanya memberikan pulangan lumayan tetapi tanpa risiko.

Dengan berbuat demikian, anda boleh menilai dengan lebih baik sama ada anda patut mengambil risiko hanya untuk mendapatkan keuntungan tambahan.

Jangan pergi sendiri

Jika anda berminat untuk merancang persaraan tetapi tidak pasti bagaimana melakukannya, tidak perlu malu meminta saudara atau rakan yang dipercayai supaya menemani anda apabila anda bertemu perunding kewangan.

Sudah tentu, anda harus pergi hanya dengan seseorang yang faham tentang produk kewangan dan bukan orang yang tidak tahu, untuk mengelakkan malapetaka ‘si buta memimpin orang yang juga buta’.

Sebagai contoh, jika anda merupakan ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang sudah dewasa, adalah wajar untuk meminta salah seorang daripada mereka turut mendengar tawaran jualan supaya mereka dapat membantu mengesan sebarang masalah atau bertanya soalan yang berkaitan dengan keluarga anda.

Anak-anak mempunyai kepentingan dalam perancangan persaraan ibu bapa mereka kerana jika ibu bapa membeli produk yang tidak berguna, anak-anak terpaksa memikul beban tambahan untuk menjaga ibu bapa pada usia tua.

Walaupun terdapat saluran yang membenarkan pelanggan yang terkilan mengadu kepada institusi kewangan atau MAS, anda harus melakukan yang terbaik untuk mengelakkan daripada menjadi ‘mangsa’ jurujual yang tidak beretika.

Lagipun, sebab anda bersusah payah membeli produk adalah untuk mempunyai persaraan yang baik, dan anda pasti boleh melakukannya tanpa sebarang tekanan yang disebabkan oleh perancangan buruk anda sendiri.

Penulis, Tan Ooi Boon, ialah Editor Pelaburan akhbar, ‘The Straits Times’.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >