Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Ogy ganding dengan adik dalam telefilem

Apr 13, 2022 | 05:30 AM



KE mana tumpahnya kuah kalau bukan ke nasinya.



Begitulah yang anak-anak seniwati Allahyarham Saadiah Baharom dan Ahmad Daud, yang jelas begitu hebat meneruskan bakat warisan keluarga.



Primadona filem hari ini, Fauziah Ahmad Daud dan adiknya Fazlina Ahmad Daud dilihat kehebatan mereka apabila sekali lagi digandingkan dalam satu produksi.



Selepas kali terakhir digandingkan dalam teater Bawang Putih Bawang Merah arahan Erma Fatima di Istana Budaya pada 2015, adik kakak itu disatukan lagi menerusi telefilem televisyen, berjudul Adik Kakak.



Fauziah lebih mesra disapa Ogy berkata walaupun termasuk menunggu tujuh tahun untuk digandingkan semula dengan adiknya, beliau percaya sesuatu yang terjadi ada hikmah tersendiri.



"Mungkin belum ada karya yang sesuai untuk melihat kami disatukan. Skrip telefilem ini mengambil masa lama untuk disiapkan.



"Saya ditawarkan membintangi telefilem 'Adik Kakak' ini tahun lalu. Namun, penggambaran bermula, tahun ini.



"Umpama rezeki kami disatukan dalam telefilem ini," kata Ogy yang melakonkan watak Azizah yang kurang upaya intelektual hingga tahap pemikirannya masih seperti kanak-kanak.



Fauziah akui sentiasa memerhatikan perkembangan seni adiknya selama ini. Malah, beliau menjadi orang pertama membawanya ke dunia lakonan.



"Saya lihat lakonan Fazlina kian matang.



"Kami tiada masalah bergandingan dan sentiasa profesional di lokasi penggambaran. Kami sentiasa menyokong apa yang dilakukan.



"Saya bersetuju berlakon telefilem ini juga atas paksi menyokong adik sendiri," kata Ogy, lapor Berita Harian Malaysia.



Tambah Ogy, telefilem karya arahan Kyoll Hamzah ini sarat mesej murni mengenai kasih sayang antara adik dan kakak.



"Ia mengenai pengorbanan adik menjaga kakaknya," kata Ogy.



Sementara itu, Fazlina yang membawa watak Hanum mengakui, gementar saat disatukan dengan kakaknya.



Selain itu, katanya, gandingan ini juga umpama meneruskan legasi seni ibu bapa mereka.



"Saya harap karya ini dapat dilihat sebagai gandingan adik dan kakak dalam alam realiti. Namun, sebagai anak seni yang mencurahkan rasa dan emosi.



"Berlakon dengan kakak sendiri seperti saya sudah menang 'anugerah'. Kakak umpama mentor dan cikgu seni saya," katanya yang memberi 300 peratus 'roh' menyerap watak dilakonkan.



"Apa terjadi pada alam realiti iaitu saya akan melindungi dan menjaga kakak seperti apa yang dipaparkan dalam karya ini, begitu juga sebaliknya," kata Fazlina.



Selain Ogy dan Fazlina, telefilem ini turut dibintangi Fauziah Nawi, Faye Kusairi, Lia Natalia, Sharifah Shahora, Hasnol Rahmat, Avaa Vanja dan ramai lagi.




"Saya lihat lakonan Fazlina kian matang. Kami tiada masalah bergandingan dan sentiasa profesional di lokasi penggambaran. Kami sentiasa menyokong apa yang dilakukan.Saya bersetuju berlakon telefilem ini juga atas paksi menyokong adik sendiri."
- Fauziah Ahmad Daud.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >