Subuh
5:36
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Baik buruk apabila mata wang jatuh

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Baik buruk apabila mata wang jatuh

Feb 25, 2024 | 05:30 AM



Ketika ini, banyak liputan media di Malaysia melaporkan dan membincangkan kejatuhan ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat.

Hakikatnya, kenaikan atau kejatuhan nilai mata wang boleh membawa kesan positif dan negatif pada ekonomi serta masyarakat di sesebuah negara. Selari dengan situasi yang sedang dihadapi Malaysia ketika ini, wajar setiap individu dan rakyat memahami kesan diterima akibat kejatuhan nilai ringgit.

Apabila nilai mata wang semakin merosot, daya saing barangan eksport akan meningkat. Harga barangan eksport yang relatifnya lebih murah akan meningkatkan permintaan dan melonjakkan pendapatan negara dijana daripada hasil eksport.

Bagi memenuhi permintaan itu, penghasilan barang dan perkhidmatan ditingkatkan, sekali gus menambah keuntungan kepada pengeksport dan peluang peningkatan pendapatan pekerja.

Situasi kejatuhan mata wang seperti ringgit akan menggembirakan pelancong asing yang berhasrat melawat Malaysia kerana mereka dapat menukarkan wang dengan nilai lebih tinggi, mendorong pertambahan pelancong serta perbelanjaan mereka di Malaysia.

Sudah tentu ini memberi kesan baik kepada tempahan penginapan, peningkatan jualan produk dan perkhidmatan, aliran wang masuk ke dalam negara dan menambah jumlah pelancong domestik.

Selain itu, kejatuhan nilai ringgit boleh membuat aset domestik lebih murah bagi pelabur asing, mungkin meningkatkan pelaburan langsung asing (FDI) dalam negara. Peningkatan pelaburan juga bakal meningkatkan pendapatan negara dan peluang pekerjaan.

Kejatuhan ringgit bermakna tukaran mata wang untuk membeli barang import menjadi lebih mahal. Ini kerana dengan nilai lemah, negara perlu mengeluarkan lebih banyak ringgit bagi membeli barang dari luar negara.

Akibatnya, harga barang import seperti bahan mentah, makanan, elektronik, pakaian, ubat-ubatan dan keperluan lain secara relatifnya meningkat, memberi kesan kepada peningkatan perbelanjaan masyarakat dan negara.

Seterusnya, rakyat akan rasa kuasa beli susut kerana apabila pendapatan tidak meningkat, kenaikan harga menyebabkan mereka tidak dapat membeli barang import dalam kuantiti sama, berbanding sebelum berlaku kejatuhan nilai ringgit.

Keadaan ini meningkatkan kos hidup, perbelanjaan operasi perniagaan termasuk kerajaan dan mengurangkan kadar simpanan serta kemampuan melabur oleh individu.

Kejatuhan nilai mata wang tingkat inflasi

Seterusnya, kos pergerakan ke luar negara menjadi semakin mahal sama ada atas urusan kerja, perniagaan, berubat, beribadat atau melancong. Justeru, kejatuhan ringgit akan merisaukan rakyat ke luar negara kerana bajet asal menjadi besar akibat perlu membayar kos pengangkutan, penginapan dan makan minum lebih mahal.

Bagi negara yang banyak bergantung pada bahan diimport, kejatuhan mata wang boleh meningkatkan inflasi. Inflasi tolakan kos ini berlaku apabila harga keseluruhan meningkat disebabkan kenaikan kos upah dan bahan mentah.

Bagi menanggung beban kos meningkat, pengeluar akan memindahkan kos terbabit kepada pengguna dengan menaikkan harga produk dihasilkan.

Di Malaysia, walaupun Indeks Harga Pengguna (IHP) dilaporkan terkawal dan kekal pada kadar rendah, namun rata-rata rakyat mengeluh dengan kenaikan harga barangan dan perkhidmatan disediakan.

Jika harga barang terus naik, pelaksanaan dasar kewangan akan menyebabkan kenaikan kadar pinjaman institusi kewangan, menjurus kepada peningkatan bayaran balik pinjaman.

Seterusnya, kejatuhan nilai mata wang boleh menyebabkan kehilangan keyakinan pelabur. Bagi pelabur, akan ada kebimbangan jika pelaburan dibuat tidak menguntungkan.

Sekiranya berlaku penurunan dan kemerosotan dalam pelaburan sama ada domestik mahupun antarabangsa, penjanaan pendapatan, peluang pekerjaan, peningkatan infrastruktur dirancang bakal terjejas.

Perkara ini boleh membawa kepada ketidakstabilan ekonomi dan politik dalam negara jika tidak dibendung segera.

Tidak kurang pentingnya, penurunan kadar pertukaran boleh menyebabkan penurunan nilai rizab mata wang asing dipegang bank. Rizab bank adalah jumlah wang disimpan bank pusat atau bank komersial untuk menjamin kestabilan kewangan serta menangani ketidakstabilan dalam sistem kewangan.

Ini kerana rizab bank biasanya disimpan dalam bentuk mata wang asing atau aset berkaitan dengan mata wang.

Jika rizab bank berkurang, kecairan wang turut berkurang dan bank akan mengalami kesukaran meminjamkan wang atau menyelesaikan transaksi, sekali gus mampu mengganggu operasi kewangan secara keseluruhan. Malah, hutang negara juga meningkat.

Kesimpulannya, walaupun ada kesan baik pada situasi kejatuhan nilai mata wang, kesan negatif yang timbul lebih membimbangkan.

Berdasarkan sejarah, Malaysia pernah berhadapan Krisis Komoditi (1985-86), Krisis Kewangan Asia 1997-1998 dan Krisis Kewangan Global 2008-2009 yang memberi impak pada kadar pertumbuhan ekonomi negara.

Kebijaksanaan pemimpin dan pembuat dasar ketika itu berjaya mengurangkan tekanan dan membawa negara keluar daripada masalah lebih besar dengan menjalankan pelbagai inisiatif di bawah dasar fiskal dan dasar kewangan.

Justeru, kebijaksanaan pemimpin semasa amat diharapkan dengan harapan pertumbuhan ekonomi Malaysia semakin baik dan bebas daripada krisis ekonomi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >