Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tarif elektrik suku pertama 2023 turun 2.7%

Dec 31, 2022 | 05:30 AM



ISI rumah di Singapura boleh menyambut tahun baru dengan bil elektrik lebih rendah kerana tarif bagi suku pertama 2023 akan diturunkan sebanyak 2.7 peratus.



Ini meskipun terdapat kenaikan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) sebanyak 8 peratus bermula mulai tahun baru nanti.



Penurunan tarif itu berikutan kos tenaga lebih rendah berbanding suku sebelumnya, kata SP Group dalam kenyataan semalam.



Tarif elektrik tidak termasuk Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dari 1 Januari hingga 31 Mac 2023 akan diturunkan daripada 29.74 sen kepada 28.95 sen bagi setiap kilowatt sejam (kWh), menurut pengendali grid SP Group.



Sebelum ini tarif elektrik terus meningkat sejak April tahun lalu, di tengah-tengah kos tenaga yang tinggi akibat harga gas dan minyak sedunia yang meningkat, diburukkan lagi dengan perang di Ukraine sebelum ia menurun Oktober lalu.



Tarif elektrik SP yang lebih rendah bermakna bil elektrik bulanan keluarga di flat empat bilik HDB akan berkurangan sebanyak $2.63 (tidak termasuk GST) secara purata.



SP Group berkata mereka selalu menyemak tarif elektrik setiap suku tahun berdasarkan garis panduan yang ditetapkan oleh Penguasa Pasaran Tenaga (EMA).



Menurutnya, kos tenaga juga telah menurun sebanyak 0.79 sen bagi setiap kWh.



Kos tenaga ini, yang dibayar kepada syarikat penjana kuasa, disesuaikan setiap suku untuk mencerminkan perubahan kos bahan api dan penjanaan kuasa.



Kos penjanaan kuasa ini termasuk kos pengendalian stesen janakuasa, seperti tenaga kerja dan kos penyelenggaraan, serta kos modal stesen.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >