Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Majlis iftar pupuk perpaduan pelajar madrasah, sekolah SAP

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Majlis iftar pupuk perpaduan pelajar madrasah, sekolah SAP

Pelajar Madrasah Wak Tanjong buka puasa di Sekolah Tinggi Dunman dalam acara tahunan
Mar 28, 2024 | 08:22 PM



Laungan azan maghrib oleh seorang pelajar Madrasah Wak Tanjong Al-Islamiah (MWTI) berusia 14 tahun, Muhammad Rashdan Mohamed Khairullah, berkumandang di dewan Sekolah Tinggi Dunman (DHS).

Ia menandakan waktu buka puasa dalam sebuah majlis iftar di sekolah itu pada 28 Mac, yang, antara lain, bertujuan memberi peluang kepada pelajar dan guru dua sekolah itu berinteraksi.

Pengalaman bersama itu juga bertujuan menyemai sikap menghargai kepelbagaian budaya dan agama di Singapura, sekali gus memupuk persefahaman antara pelajar berlainan latar belakang.

Ketua Subjek Pendidikan Kewarganegaraan DHS, Cikgu Noorizan Beevi Abdul Aziz, berkata majlis iftar tahunan itu sebahagian daripada kerjasama antara dua sekolah itu.

Sekitar 140 pelajar, guru DHS dan MWTI serta pegawai daripada Masjid Darul Ghufran – termasuk pengerusinya, Encik Muhammad Faizal Abdollah – hadir di majlis itu.

Cikgu Noorizan berkata: “Jalinan kukuh merentasi agama dan budaya penting bagi kesejahteraan agama, sekali gus meraikan kepelbagaian dan mengekalkan keamanan, faktor yang menjadi nadi masyarakat Singapura.”

Beliau menambah bahawa kerjasama antara DHS dan MWTI terjalin sejak sekitar 2017 dan bermatlamat memberi peluang untuk pelajar dua sekolah itu berinteraksi dan memberi sumbangan kepada masyarakat.

Ini memandangkan DHS sebuah sekolah Rancangan Bantuan Khas (SAP)), iaitu sekolah yang memberi penekanan pada bahasa dan budaya Cina, manakala MWTI sebuah madrasah sepenuh masa bagi pelajar Melayu/Islam.

“Adalah penting pelajar dua sekolah ini diberi peluang menyertai majlis iftar bersama seperti ini, untuk berinteraksi dalam satu masa bagi memupuk pemahaman mengenai agama dan budaya satu sama lain melalui pengalaman bersama.

“Ini akan membolehkan mereka lebih menghargai kepelbagaian dan keharmonian yang kita nikmati dalam masyarakat kita,” ujar Cikgu Noorizan.

Hal itu turut dikongsi guru Bahasa Arab MWTI, Ustaz Muhammad Azhari.

Menjawab pertanyaan Berita Harian, beliau berkata kerjasama sedemikian penting untuk pelajar “berkembang menjadi individu menyeluruh yang menggalak keamanan dan keharmonian dalam masyarakat”.


“Mengukuhkan persefahaman antara kepercayaan dan agama berbeza adalah penting, terutamanya dalam negara pelbagai budaya seperti Singapura.

“Ini kerana memupuk dialog antara agama memainkan peranan penting dalam mengekalkan keamanan dan keharmonian antara kaum dan budaya,” ujarnya.

Ustaz Muhammad berkata kerjasama antara dua sekolah itu dapat memupuk persefahaman silang budaya dengan menyediakan peluang kepada guru dan pelajar untuk berinteraksi dan membina persahabatan.

Persefahaman itu jelas ditonjolkan dengan DHS menyediakan ruang solat di dewan sekolah untuk pelajar dan guru beragama Islam kedua-dua mendirikan solat.







Seorang pelajar menengah dua DHS, Avelia Teo, berkata pengalaman menyertai majlis iftar bersama itu memberi kesedaran mengenai ilmu yang boleh dipelajari tentang budaya lain.

“Melalui jalinan kerjasama ini, kami dapat kawan baru, sekali gus mengorak langkah pertama untuk mempunyai lingkungan sosial berbilang bangsa.

“Saya sedar bahawa dalam negara kecil berbilang kaum seperti Singapura, hubungan dan persahabatan berbilang kaum adalah kunci dalam memupuk perpaduan dan perasaan saling percaya dalam kalangan rakyat dan masyarakat secara keseluruhan,” ujarnya.

Hadirin disajikan makanan bento nasi beriani ayam dan kek serta buah-buahan di majlis iftar itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >