Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Joel Chew disyaki retak tulang dek dikasari pemain China

Mar 27, 2024 | 02:44 PM



Pemain midfield Singapura, Joel Chew, disyaki mengalami keretakan tulang akibat dikasari teruk pemain China dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia 2026 pada 26 Mac.

Chew, 24 tahun, melahirkan kekecewaannya dan mengharapkan yang terbaik semasa berkongsi perasaannya selepas perlawanan di Stadium Pusat Olimpik Tianjin itu dalam satu catatan di platform X, yang sebelumnya dikenali sebagai Twitter.

Beliau dijatuhkan secara kasar oleh Li Yuanyi pada minit ke-79 – tiga minit selepas beliau dimasukkan bagi menggantikan Harhys Stewart – ketika Singapura cuba menyusun serangan mencari gol penyamaan.

China mendahului 2-1 ketika itu.

Li dilayangkan kad merah oleh pengadil bagi tindakannya yang melulu, manakala Chew dibantu keluar padang dan kaki kanannya kemudian dilihat dibalut oleh ahli fisioterapi.

“Mengharapkan yang terbaik. Disyaki patah tulang dan dalam perjalanan ke hospital untuk melakukan X-ray… (saya) juga baru menemui rentak (permainan). Kecewa…” kata pemain BG Tampines Rovers itu.

Singapura tewas 1-4 kepada China dalam perlawanan tersebut.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >