Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Pasukan Singa siap sedia lawan China

Mar 25, 2024 | 02:27 PM



Setelah berjaya menyekat China di Stadium Negara, pasukan Singa bersiap sedia kembali mengaum dalam aksi kelayakan Piala Dunia kedua mereka menentang lawan yang sama, kali ini di Stadium Pusat Olimpik Tianjin, pada 26 Mac. 

Singapura, pasukan nombor 156 dunia, bangkit daripada ketinggalan untuk mencatat seri 2-2 dengan China, 2-2, di laman sendiri pada 21 Mac.

China menduduki ranking dunia ke-88. 

Skuad Singapura tiba di Tianjian pada 23 Mac dan telah giat membuat persiapan, termasuk menyesuaikan diri pada cuaca sejuk yang serendah 10 darjah Celsius pada waktu malam.

Perlawanan pada 26 Mac akan berlangsung pada 8 malam (waktu Singapura).

Ketua jurulatih Singa, Tsutomu Ogura, pastinya ingin melihat anak buahnya meneruskan rentak mereka, ketika Singapura mendambakan kemenangan sulung dalam kempen ini. 

Namun, Singapura akan bertandang ke Tianjin tanpa Safuwan Baharudin, Lionel Tan dan M. Anumanthan, yang beraksi dalam perlawanan seri di Stadium Negara. Trio itu tidak membuat perjalanan ke China bersama pasukan.

Safuwan dan Tan tidak dapat diturunkan kerana digantung selepas dilayang dua kad kuning dalam kelayakan ini, manakala Anumanthan mengalami kecederaan.

Ogura memanggil dua pemain pertahanan, Irfan Najeeb, 24 tahun, dari BG Tampines Rovers; dan Kieran Teo, 19 tahun, dari Young Lions, ke dalam skuad sebagai pengganti.

Singapura kini menduduki tangga corot Kumpulan C, yang terdiri daripada empat pasukan, dengan memungut satu mata daripada tiga perlawanan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >