Di sebalik ketidaktentuan ekonomi, krisis kemanusiaan di Gaza, perang di Ukraine, keutamaan menjimat air mungkin terletak di senarai bawah dalam keutamaan individu.
Namun, ia perkara yang teramat penting memandangkan manusia, haiwan dan tumbuhan tidak dapat wujud tanpa air. Terdapat konsensus dalam kalangan pakar, manusia misalnya boleh hidup antara tiga hingga lima hari tanpa air.