Kita kini mungkin sibuk mengejar masa dan sibuk dengan tugas-tugas harian, tetapi terdapat ramai daripada kita juga yang tidak lupa kepada mereka yang kurang bernasib baik.
Keadaan hiruk-pikuk kehidupan moden ini tidak sedikit pun menghambat hasrat dan usaha murni sesetengah anggota masyarakat Singapura untuk membantu golongan memerlukan.