Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Bahasa & Budaya
34
0

(Menanti Pengiktirafan UNESCO)

Kebaya

Dec 17, 2023 | 05:31 AM



Lahirmu mungkin qaba

mungkin habaya

mungkin al akibiya

mungkin al turkiyya

jelajahmu ke buana Melayu

menyopan hawa berkemban

mengubah adab budaya

memperelok agama madani

Hijrahmu meniti Nusantara

memertabat istana Jawa

mengangguni permaisuri raja

mewajibkan wanita Belanda

tika bersosial di Indonesia

Singgahmu di bumi Melaka

digabung sumber laluan sutera

menyuntikmu Baba Nyonya

menyuntikmu Chitty India

menggayamu memikat semua

Waktu dan zaman berevolusi

mencipta nan panjang

nan pendek

nan moden

nan songket

nan kebarung

nan encim

nan Saloma

nan Nyonya

nan Kartini

nan Thailand

nan Selangor

nan Pahang

nan Penang

nan Negeri Sembilan

nan Kutabaru

nan Riau

nan Bali

Keayuanmu mengundang

pemakaian melata

nusa Thailand

nusa Indonesia

nusa Malaysia

nusa Singapura

nusa Brunei

nusa Belanda

Dinobatmu melayang di awan biru

meneroka antero jagat

mewakili jiwa bersemangat

lantas dicalonmu untuk dicarta

warisan budaya badan dunia

Santunilah dia wahai cucu Adam

dengan iman dengan ketakwaan

bak ayat 59 surah Al Ahzab

agar Puan lebih dikenali

langsung tidak diganggui

bagai dijanji pasti Ilahi

RAHMAD SIDEK




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >