Kadang-kadang senget, kadangkala blur. Pendek kata, gambar yang diambil teman anda tak cantik!
Mulai 1 Mei, anda berpeluang kongsi contoh gambar tersebut dan ‘dedahkan’ mereka dalam satu pertandingan anjuran syarikat penerbangan Air New Zealand dengan kerjasama Samsung Electronics Singapore sambil merebut peluang memenangi sepasang tiket dewasa ulang alik kelas ekonomi ke Auckland, New Zealand, bernilai $3,000 serta satu telefon bijak Samsung Galaxy S24 Ultra bernilai $1,928.