Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Bahasa & Budaya
34
0

SEMBANG PENDETA

Lakukan apa jua kerja asal selamat

Jan 14, 2014 | 01:21 PM



DALAM zaman Pendudukan Jepun, setiap yang ingin menakat akan cuba menyanggupi apa jua pekerjaan asalkan 'selamat'.


Inilah yang dilakukan oleh Pendeta Dr Muhd Ariff Ahmad (Cikgu Ariff) ketika berusia sekitar 17 tahun.


"Selain menjadi guru, saya juga melakukan apa jua pekerjaan yang tersedia. Sebab gaji guru cuma 320 yen (duit cap pisang) yang cuma dapat beli secangkir dua kopi," katanya.


Beliau terpaksa menjadi orang suruhan sebagai 'umpan' di tempat judi Great World tetapi sekejapan saja kerana menyesal.


"Selain itu saya menjadi kaboen atau mata-mata di kejiranan, mencari sayur-sayur kampung seperti pucuk ubi untuk dijual di pasar dan sebagainya," ceritanya.


Selain ayahnya, beliau perlu gigih bekerja untuk mendapatkan beras bagi ibu tirinya yang alahan atau tidak boleh makan ubi kayu.


"Beras memang sukar diperolehi dan mahal pula. Jadi, gantinya ialah ubi kayu yang digunakan macam beras dalam pelbagai hidangan," katanya.


WARUNG


Dalam zaman Jepun, bermula kegiatan berjualan di gerai yang dipanggil 'warung'.


"Sebelumnya dalam zaman British, orang berjualan pakai kandar (kayu yg diletakkan di bahu untuk membawa barang-barang) seperti penjual sate di Beach Road atau menggunakan kereta sorong yang ada loceng," katanya.


Namun selepas warung muncul, pihak Jepun tidak bertindak tetapi membiarkan saja," ceritanya.


'Warung' ialah kekata Jawa yang bermakna gerai yang merupakan pondok kecil dengan beberapa kerusi kecil.


Kemungkinan besar, katanya, perintis 'warung' ialah orang-orang Jawa di Singapura.


"Orang-orang Jawa lazimnya bekerja dengan British sebagai tukang kebun dan sebagainya. Apabila sudah tiada pekerjaan, mereka perlu cari jalan keluar iaitu berniaga makanan," ceritanya.


Di warung, boleh ditemui jualan makanan yang diperbuat daripada ubi kayu seperti kuih dangai, pisang goreng dan sebagainya.


"Sewaktu mengajar di Sekolah Melayu Tanglin Besar, ada deretan warung tidak jauh dari surau atau masjid kecil di Ellis Road. Di sinilah anak-anak muda Tanglin berjualan," jelasnya.


KUIH KREATIF


Antara guru yang berjualan ialah Cikgu Salim Saat yang kemudian pernah menjadi guru besar Sekolah Melayu Tanglin Besar. Antara jualannya ialah kuih yang dinamakan 'londo royal' iaitu tapai ubi busuk yang digoreng.


"Rasanya agak sedap juga jika dimakan dengan minum kopi atau teh," kata Cikgu Ariff.


Erti, londo ialah dari kekata Jawa yang merujuk Holland (Belanda) dan 'royal' pula bermaksud 'joli' atau berseronok.


"Bunyinya kreatif. Begitulah jika nak tarik pembeli," tambah Cikgu Ariff.


Dek keadaan memaksa, orang ketika itu sanggup makan daging kuda dan penyu untuk meraih zat protin.


"Daging penyu keras dan mesti lama direbus sebelum dapat dibuat hidangan. Daging kuda pula liat dan panas pula pada tubuh kita sehingga ada sesetengah orang kena ruam panas pada kulitnya," cerita Cikgu Ariff.


Untuk mencari zat protin, tawanan askar British dikerah Jepun untuk mencari siput babi yang kulitnya dibuang. Daging siput babi dipanggil 'kayal' untuk digoreng.


Catatan MOHD RAMAN DAUD


  • Minggu depan: Beratur cara Jepun




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >