Pengguna Berdaftar
Rahsia hidup Alyph tersirat dalam lagu
Lagu pertama untuk album baru, ‘Dari Jauh’, sentuh tentang penyesalan gagal beri cinta sepenuh jiwa
May 12, 2024 | 5:30 AM
Apabila mencipta lagu buat diri sendiri, penerbit, penggubah lagu dan ‘rapper’, Alyph, akur dirinya lebih emosi malahan sensitif dalam menyajikan sesuatu yang sangat peribadi dalam kehidupannya.
Justeru, jika sesiapa tertanya-tanya tentang perkara yang kebiasaannya Alyph atau nama sebenarnya, Alif Abdullah, 34 tahun, rahsiakan, segalanya akan ‘terbongkar’ juga dalam bait-bait lirik lagu yang disampaikannya.
Laporan berkaitan
Penyanyi ‘Swipe’, Alyph karang lagu bukan sekadar untuk TikTokMar 25, 2024 | 3:00 PM
Alyph cabar diri terbit album soloOct 13, 2021 | 5:50 PM

