Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Berita Utama
42
0

Bekalan darah kumpulan O pada ‘tahap kritikal’, penderma diperlu segera

Palang Merah, HSA gesa orang ramai derma sebelum koleksi dijangka berkurang semasa cuti Tahun Baru Cina
Jan 26, 2024 | 12:06 PM



Penderma mempunyai darah jenis O+ atau O- yang layak digesa menderma darah sebelum koleksi yang dijangka berkurangan semasa cuti Tahun Baru Cina, dengan bekalan semasa berada pada tahap kritikal.

Pada 25 Januari, stok darah jenis O+ dan O- masing-masing disenaraikan sebagai kritikal dan rendah di laman web Palang Merah Singapura (SRC).

Bekalan rendah itu disebabkan penggunaan tinggi kedua-dua jenis darah dan derma lebih rendah daripada biasa pada 2024 setakat ini, kata SRC dan Penguasa Sains Kesihatan (HSA) dalam satu kenyataan bersama pada 25 Januari.

“Jika stok darah kumpulan O terus berkurangan, pembedahan elektif perlu ditangguhkan dan pemindahan yang menyelamatkan nyawa juga boleh terjejas,” kata kenyataan itu, sambil menambah bahawa stok darah kumpulan O kini boleh bertahan kurang dari enam hari dan bukannya sekurang-kurangnya sembilan hari.

Sebagai kumpulan darah universal, darah kumpulan O diperlukan semasa kecemasan apabila kumpulan darah pesakit tidak diketahui.

Tambahan pula, hampir separuh daripada semua pesakit di Singapura mempunyai darah kumpulan O dan hanya boleh menerima jenis darah ini.

Pengumpulan darah boleh merosot hingga 20 peratus semasa musim perayaan, seperti Tahun Baru Cina yang akan datang, menjadikannya penting untuk bekalan darah kumpulan O dipulihkan ke tahap sihat secepat mungkin, kata kedua-dua pertubuhan itu.

SRC dan HSA menggesa mereka yang mempunyai kumpulan darah O+ dan O-, yang mempunyai berat sekurang-kurangnya 45 kg dan berumur antara 16 dan 60 tahun, supaya menderma darah.

Kedua-dua pertubuhan menggalak orang ramai menderma sebelum pergi ke negara atau wilayah yang mempunyai risiko jangkitan bawaan serangga, yang mungkin menyebabkan mereka tidak layak menderma darah untuk satu tempoh masa.

Penderma baru atau mereka yang telah mengembara dalam tempoh empat bulan lalu boleh menyemak kelayakan mereka di www.hsa.gov.sg/donor_criteria, dan penderma berumur 16 atau 17 tahun mesti mempunyai borang kebenaran ibu bapa yang ditandatangani yang diperoleh daripada laman web HSA.

Derma boleh dibuat di bank darah di Outram, Dhoby Ghaut, Woodlands, Westgate Tower dan One Punggol, atau di kutipan darah komuniti SRC.

Semua tabung darah akan ditutup pada dua hari pertama Tahun Baru Cina (10 dan 11 Februari).

Kumpulan masyarakat dan korporat juga boleh menghubungi SRC di 6220-0183 atau e-mel donate.blood@redcross.sg untuk menganjurkan derma kumpulan.

SRC dan HSA menasihatkan penderma supaya berehat secukupnya pada malam sebelum menderma, dan makan ringan bersama banyak cecair pada hari pendermaan.

“Setiap derma adalah penting untuk memastikan kami dapat... respons terhadap sebarang kecemasan sivil atau perubatan di Singapura,” kata kenyataan itu.





Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >