Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Berita Utama
42
0

Cabul pesakit lelaki: Jururawat dihukum penjara, rotan

Mar 12, 2024 | 04:49 PM



Seorang jururawat sebuah klinik di Pusat Pakar Mount Elizabeth Novena, yang didapati bersalah mencabul seorang pesakit lelaki, dijatuhi hukuman penjara 16 bulan dan empat sebatan rotan pada 12 Mac.

Ivan Lee Yi Wang, 35 tahun, menyasarkan pesakit tersebut selepas beliau menjalani prosedur perubatan pada 2018.

Pada 20 Februari, Hakim Daerah Chay Yuen Fatt mensabitkan Lee atas dua pertuduhan mencabul susulan perbicaraan, lapor The Straits Times.


Mangsa, yang ketika itu berusia 26 tahun, tidak boleh dinamakan kerana atas perintah mahkamah.

Penyedia penjagaan kesihatan Parkway Pantai, yang mengendalikan Hospital Mount Elizabeth Novena, memberitahu The Straits Times pada 2021 bahawa Lee telah diambil bekerja oleh klinik itu secara bebas dan bukan kakitangan hospital.


Carian dalam talian terhadap karyawan penjagaan kesihatan berdaftar di sini pada 12 Mac mendedahkan Lee masih bertugas sebagai seorang jururawat dan kini bekerja di kemudahan lain.

Dalam prosiding awal, Timbalan Pendakwa Raya Stacey Anne Fernandez berkata ketika kesalahan dilakukan, Lee adalah pengurus jururawat klinik dan menjalankan tugas pentadbiran, termasuk penjadualan janji temu dan membantu memberikan ubat apabila pesakit dibenarkan keluar.

Skop kerja Lee tidak memerlukan sebarang sentuhan fizikal atau pemeriksaan fizikal pesakit.

Mangsa, yang tampil pada hari pertama perbicaraan pada 22 Februari 2021, memberi keterangan bahawa beliau telah pergi ke klinik Gutcare sama ada pada akhir September atau awal Oktober 2018 kerana mengalami “masalah perut”.

Mahkamah diberitahu bahawa dalam lawatan kedua pada awal Oktober tahun tersebut, Lee telah menggunakan telefon bimbit peribadinya untuk menghantar mesej teks kepada mangsa melalui WhatsApp mengenai janji temu susulan.

Mangsa berasa pelik kerana mesej itu datang daripada nombor peribadi dan tidak membalasnya.

Beliau menjalani endoskopi pada 31 Oktober 2018 dan dibawa ke wad pemulihan di pusat endoskopi hospital itu.

Pada dua kesempatan berasingan pada hari itu, Lee mencabul mangsa, yang kemudian memaklumkan jururawat lain apa yang berlaku.

Pihak pendakwaan menggesa mahkamah supaya menjatuhkan hukuman penjara 16 bulan dan empat sebatan rotan kepada Lee.

Lee dijangka membuat rayuan terhadap hukumannya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >