Subuh
5:36
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Tutor cabul pelajar dipenjara 27 bulan, sebat

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tutor cabul pelajar dipenjara 27 bulan, sebat

Jan 16, 2024 | 07:00 PM



Seorang bekas tutor sambilan dijatuhi hukuman penjara 27 bulan dan empat sebatan kerana mencabul pelajarnya pada 16 Januari.

Pada 5 Januari, Muhammad Nur Ikhlas Mohd Hashim, 26, mengaku bersalah atas tiga tuduhan termasuk dua pertuduhan mencabul.

Dua pertuduhan lain juga telah diambil kira semasa menjatuhkan hukuman, lapor The Straits Times.

Pada masa kesalahan pada 2021 dan 2023, Nur, siswa Universiti Sains Sosial Singapura dan sedang mengajar sambilan, memperoleh kira-kira $2,000 hingga $3,000 sebulan.

Pada awal 2021, dia telah diupah untuk mengajar seorang budak lelaki berusia 13 tahun dalam mata pelajaran Sains.

Pelajaran berlaku di bilik tidur remaja itu dengan pintu tertutup.

Pada Jun tahun itu, Nur meraba-rabanya semasa mengajar. Remaja itu tidak tahu bagaimana untuk bertindak balas dan terus berdiam diri, dan meneruskan pelajaran dengan pesalah itu sehingga Disember 2022.

Mangsa kedua ialah budak lelaki, lapan tahun, yang Nur mula mengajar mata pelajaran Matematik pada Oktober 2022.

Sesi diadakan di bilik tidur kanak-kanak itu dengan pintu dibiarkan terbuka sedikit.

Ibu budak itu akan duduk di ruang tamu dan memasuki biliknya untuk memperhatikan mereka sekali-sekala.

Dalam prosiding awal, Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Claire Poh, berkata budak lelaki itu memanggil pesalah itu dengan gelaran “Abang Ikhlas”, dan mereka mempunyai hubungan baik.

Selepas sebulan, ibu kanak-kanak itu menyedari bahawa Nur akan mengusap belakang anaknya dan mencucuknya di badan, tetapi dia tidak terlalu memikirkan kelakuan itu.

Antara Januari dan Februari 2023, Nur mula meletakkan mangsa di atas pangkuannya.

Pada 26 Februari 2023, Nur menyentuh budak lelaki itu secara tidak senonoh semasa dia membuat kerja rumah dan mencabulnya sekali lagi pada hari itu.

Apabila pelajaran tamat, budak itu memberitahu ibunya tentang kejadian itu lalu Nur dipecat.

Namun ibunya tidak membuat laporan polis.

Nur mencabul seorang lagi budak lelaki, 13 tahun, pada 26 Mac 2023. Budak lelaki ini diajarnya sejak Mac 2022,

DPP Poh sebelum ini berkata: “(Mangsa) pada mulanya keberatan untuk melaporkan perbuatan tertuduh kepada keluarganya. Pada 1 April tahun itu, dia memberanikan diri dan memberitahu ibunya.”

Kakak mangsa membuat laporan polis dua hari kemudian. Kesalahan lain terbongkar semasa siasatan polis.

Bagi mencabul seseorang yang berumur di bawah 14 tahun, pesalah boleh dipenjara sehingga lima tahun, didenda, dirotan, atau menerima apa-apa gabungan hukuman tersebut.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >