Subuh
5:36
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Berita Utama
42
0

Kadar faedah bayar balik GST berdasar purata kadar pinjaman bank: Hong Tat

Feb 26, 2024 | 07:44 PM



Kadar faedah yang ditetapkan untuk pemerintah bayar balik Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang salah dikutip ditentukan oleh purata kadar pinjaman utama yang ditawarkan oleh institusi kewangan utama di sini.

Ini dinyatakan oleh Menteri Pengangkutan dan Menteri Kedua Kewangan, Encik Chee Hong Tat, pada 26 Februari, sebagai menjawab soalan Encik Lim Biow Chuan (Mountbatten) mengenai bagaimana kadar faedah dikira.

Awal bulan ini, Kementerian Kewangan berkata, enam agensi pemerintah telah tersilap mengenakan GST ke atas 18 bayaran untuk perkhidmatan kawal selia, daripada yuran permohonan untuk lesen profesional kepada yuran pentadbiran untuk menyewa flat sewa awam.

Pemerintah berkata ia akan membayar balik GST yang dikenakan secara salah dengan faedah 5.5 peratus setahun, lapor The Straits Times (ST).


Encik Chee menyatakan bahawa kadar faedah adalah “purata kadar pinjaman utama” yang disusun oleh Penguasa Kewangan Singapura (MAS) daripada bank-bank utama dan syarikat kewangan berlesen.

Menurut Persatuan Bank-Bank di Singapura, kadar utama ialah kadar pinjaman terendah di mana bank bersedia untuk memberi pinjaman dalam dolar Singapura kepada pelanggan terbaiknya atas dasar overdraf atau permintaan.


Kesilapan itu terdedah pada November lalu semasa semakan dalaman yang dijalankan oleh Kementerian Kewangan (MOF).

GST biasanya dikenakan ke atas perkhidmatan pemerintah. Sebagai contoh, bayaran untuk penggunaan kemudahan sukan awam atau penyewaan gerai penjaja adalah tertakluk kepada GST. Namun, ia tidak sepatutnya dicaj untuk perkhidmatan yang bersifat kawal selia.

Pada masa ini, agensi pemerintah, seperti juga perniagaan, boleh menilai dan memutuskan sama ada akan mengenakan GST atau tidak ke atas yuran mereka berdasarkan prinsip dan garis panduan luas yang ditetapkan oleh MOF. Dalam kes ini, enam agensi itu telah tersilap menentukan yuran mereka sebagai peruntukan perkhidmatan bercukai, kata kementerian itu.

Agensi yang dimaksudkan ialah Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB), Penguasa Pengangkutan Darat (LTA), Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA), Agensi Makanan Singapura (SFA), Pejabat Penjaga Awam (OPG) dan Majlis Agensi Hartanah (CEA).

HDB sahaja menyumbang lebih daripada 70 peratus daripada 200,000 caj yang salah setiap tahun.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >