Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Berita Utama
42
0

MUIS: ZAKAT

Keperluan berzakat dalam alaf teknologi

Sekitar 6,800 keluarga Islam kurang berkemampuan terima sumbangan agihan wang zakat setiap bulan 
Dec 08, 2023 | 05:31 AM



Setiap tahun, Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) mengadakan kempen zakat bagi meningkatkan kesedaran awam tentang pentingnya menunaikan zakat.

Selain itu, tujuan kempen tersebut juga bagi memberi panduan berguna kepada masyarakat Islam setempat tentang cara yang tepat menunaikan zakat ke atas pelbagai aset yang dimiliki, seperti wang simpanan, saham, insurans, wang Tabung Simpanan Pekerja (CPF) dan zakat perniagaan, serta maklumat penting berhubung pengagihan zakat kepada lapan asnaf seperti yang telah ditentukan syarak.

Semasa pandemik, sebahagian besar pembayar zakat, atau istilahnya muzakki, menunaikan zakat menerusi kaedah digital atau tanpa tunai (seperti menggunakan cek). Ini kerana kebanyakan pusat zakat, seperti masjid-masjid setempat, terpaksa ditutup bagi mengelakkan penularan wabak Covid-19.


Namun, pada pascapandemik ini, sebahagian muzakki mula kembali memanfaatkan wadah-wadah fizikal untuk menunaikan zakat menerusi kaedah seperti wang tunai dan cek.


Meskipun demikian, Penolong Pengarah Kanan, Dana Masyarakat di Muis, Encik Shamsul Hadi Jangarodin, berkongsi dalam usaha Muis memastikan muzakki terus memilih dan menerima pembayaran melalui platform digital, badan berkanun itu telah mempertingkat portal zakat.sg dan memperbaharui pengalaman pengguna di laman tersebut bagi memudahkan para muzakki menunaikan zakat.


Muis juga telah memperkenal ‘Kios Layan Diri’ di 16 pusat pungutan zakat (16 masjid terpilih) bagi menyediakan peluang kepada muzakki yang ingin menunaikan zakat menggunakan kad debit mereka semasa berkunjung ke masjid-masjid tersebut dengan mudah dan ringkas. Muis merancang memperluas lagi khidmat kios-kios layan diri tersebut dengan memasangnya di lebih banyak pusat pungutan zakat.


Antara sebab Muis menggalak pembayaran digital ialah adanya ciri-ciri keselamatan serta penyimpanan dan pengesanan rekod yang lebih baik berbanding bayaran fizikal seperti menggunakan wang tunai. Ini penting kerana Muis menggalas tanggungjawab yang besar terhadap amanah mentadbir dan menguruskan wang zakat masyarakat dengan baik, telus dan berwibawa.

“Dengan langkah pemerintah mahu memansuhkan penggunaan cek dalam masa terdekat ini, pihak Muis mendorong untuk menyediakan wadah-wadah digital yang ringkas dan mudah digunakan bagi semua lapisan masyarakat. Ini bagi memastikan masyarakat sedia membuat perubahan dan mempunyai lebih banyak masa untuk menyesuaikan diri dengan kaedah pembayaran digital yang baru,” jelas Encik Shamsul.

KEPERLUAN ZAKAT KEPADA MASYARAKAT ISLAM DI SINGAPURA

Meskipun Singapura dilihat sebagai sebuah negara maju, terdapat sebilangan anggota masyarakat yang masih memerlukan sokongan dan bantuan dalam memastikan keperluan harian mereka dapat dipenuhi. Misalnya, Muis menerusi masjid-masjid setempat membantu sekitar 6,800 keluarga memerlukan secara tetap setiap bulan menerusi agihan wang zakat.

“Selain menerima bantuan tetap daripada Muis, golongan memerlukan ini turut menerima bantuan tambahan pada bulan Ramadan dan akhir tahun, khususnya bagi meringankan beban kos keperluan persekolahan bagi keluarga yang mempunyai anak-anak di bangku sekolah,” kata Encik Shamsul.

Satu elemen penting berkenaan bantuan zakat di Singapura ialah ia saling melengkapi bantuan pada peringkat nasional. Memandangkan sumber nasional lebih besar, mereka yang menerima zakat turut disaran agar membuat permohonan untuk mendapatkan bantuan tambahan seperti ComCare dan sebagainya.

Langkah sedemikian membolehkan penerima zakat mendapatkan bantuan yang lebih menyeluruh dan mampu membantu usaha mereka untuk mencapai kemandirian keluarga.

Selain bantuan kewangan, Muis juga turut menyediakan program pemerkasaan bagi keluarga penerima zakat yang sesuai. Secara keseluruhan, lebih separuh daripada kesemua kutipan zakat setiap tahun diperuntuk bagi program bantuan dan pembangunan asnaf fakir dan miskin.

Di samping golongan fakir dan miskin, zakat juga merupakan dana sokongan yang menyentuh segenap lapisan masyarakat. Ini termasuk lebih 5,400 pelajar, asatizah, amil masjid, pegawai agama masjid, dan naib kadi menerusi program pembangunan profesional, program pendidikan Islam aLIVE & ADIL, Skim Bantuan Dana Kemajuan Madrasah (Promas), Anugerah Pengajian Sistem Madrasah Bersama (JMS) dan dermasiswa menerusi Lembaga Biasiswa Kenangan Maulud (LBKM).

Dalam pada itu, zakat merupakan dana penting yang menggerak dan membangun institusi bantuan yang menyokong program dakwah dan pendekatan bagi golongan mualaf di Darul Arqam; banduan serta belia berisiko di rumah tumpangan dan peralihan; dan masyarakat umum menerusi wadah digital yang dikendalikan masjid-masjid setempat.

MAKLUMAT DAN PERTANYAAN


Untuk maklumat dan pertanyaan mengenai zakat, orang ramai boleh melungsuri laman www.zakat.sg untuk perincian lanjut. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >