Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Berita Utama
42
0

Kok Song saran Presiden pantau pelantikan penting dalam perkhidmatan awam

Jul 29, 2023 | 07:02 PM



Calon Presiden, Encik Ng Kok Song, mahu peranan penting Presiden turut menyemak individu yang menduduki jawatan penting dalam perkhidmatan awam.

Beliau menekankan bahawa Presiden perlu memastikan mereka memenuhi piawaian yang diharapkan oleh rakyat Singapura terhadap pelantikan-pelantikan utama ini.

Antara mereka yang disebutkan termasuk Menteri Pengangkutan, Encik S Iswaran, yang ditangkap dalam siasatan rasuah; mantan Anggota Parlimen (AP) Parti Tindakan Rakyat, Cik Cheng Li Hui; mantan Speaker Parlimen, Enik Tan Chuan Jin, serta dua anggota Parti Pekerja, Encik Leon Perera dan Cik Nicole Seah, yang meletak jawatan atas isu perhubungan sulit.

Bercakap kepada media di acara Expo Kucing Asia, Encik Ng menyatakan:

“Salah satu peranan penting Presiden adalah untuk menjaga integriti pelantikan-pelantikan utama dalam perkhidmatan awam. Ini amat penting kerana tidak kira seberapa baiknya institusi kita, jika orang-orang tidak sepatutnya menduduki institusi-institusi kita, mereka akan merosakkan institusi-institusi kita.”

Beliau juga menegaskan bahawa sekiranya beliau terpilih sebagai Presiden, beliau akan menyelidik latar belakang individu yang diusulkan untuk mengambil jawatan-jawatan awam tersebut.

Tujuannya adalah untuk memastikan bahawa mereka yang mengusulkan pelantikan ini telah melakukan penyiasatan menyeluruh mengenai latar belakang dan rekod individu tersebut.

Ketika dihadapkan dengan soalan media mengenai pandangannya terhadap peranan Presiden, terutamanya dalam konteks rangkaian skandal politik yang baru-baru ini mengguncang Singapura, Encik Ng menambahkan bahawa beliau juga berminat untuk mengetahui calon-calon pengganti yang sedang digembleng untuk mengambil alih jawatan apabila seorang pegawai awam berundur.

“Peranan Presiden dan Majlis Penasihat Presiden sangat penting dalam memeriksa dan memastikan integriti perkhidmatan awam kita,” tegas Encik Ng.

Bekas Ketua Pegawai Pelaburan GIC berusia 75 tahun, turut didampingi oleh tunangnya, Cik Sybil Lau, 45 tahun, di acara tersebut, di mana mereka berinteraksi dengan pemelihara kucing. Pasangan itu mempunyai seekor kucing British Shorthair berusia 18 bulan, Max.


Encik Ng juga memperincikan tiga senario berbeza di mana beliau atau dua pesaingnya – bekas menteri kanan Encik Tharman Shanmugaratnam dan ahli perniagaan Encik George Goh – mungkin layak dan menang dalam pilihan raya presiden.

Beliau berpendapat bahawa senario di mana beliau menang akan memberi hasil terbaik untuk rakyat Singapura.

Dalam senario tersebut, Encik Goh, pengasas Harvey Norman Ossia, akan dapat kembali membangun dan mengembangkan perniagaannya serta memberi sumbangan kepada sektor swasta untuk mencipta pekerjaan dan menggerakkan ekonomi. Sementara itu, Encik Tharman boleh kembali kepada pemerintah untuk membantu menghadapi cabaran masa kini.

“Dalam seenario itu, kita dapat memiliki yang terbaik dari tiga dunia: Encik Tharman terus memberi khidmat kepada negara dan pemerintah dengan baik, Encik George Goh kembali membangun perniagaannya untuk menyokong usaha pemerintah dalam membangunkan ekonomi, dan saya akan sangat berbesar hati untuk menyantuni rakyat Singapura,” kata Encik Ng.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >