Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Berita Utama
42
0

WHO gesa negara kenakan cukai minuman bergula demi kesihatan awam

Dec 06, 2023 | 06:37 PM



Singapura adalah antara sebilangan kecil negara yang tidak mengenakan cukai ke atas minuman manis bergula (SSB).

Lebih 100 negara mempunyai cukai sedemikian, menurut satu laporan yang dikeluarkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) baru-baru ini, yang menggesa negara mengenakan atau menaikkan cukai ke atas minuman beralkohol dan bergula kerana ia terbukti memudaratkan kesihatan.

Menurut The Straits Times (ST), negara di Asia seperti China, India dan Thailand mempunyai cukai sedemikian.


“Di peringkat sejagat, seramai 2.6 juta orang mati akibat minum alkohol setiap tahun dan lebih lapan juta mati akibat diet tidak sihat. Melaksana cukai ke atas alkohol dan minuman bergula akan mengurangkan bilangan kematian ini,” menurut WHO dalam satu kenyataan media pada 5 Disember.

Pengarah promosi kesihatan WHO, Dr Rudiger Krech, berkata: “Mengenakan cukai ke atas produk tidak sihat akan melahirkan penduduk lebih sihat. Ia mempunyai kesan positif yang merentas masyarakat – kurang penyakit dan tubuh lemah, dan pendapatan untuk pemerintah menyediakan pelbagai perkhidmatan awam.”

Topik cukai gula pernah dibangkitkan di Parlimen di sini pada 2022 oleh Anggota Parlimen Tanpa Kawasan Undi (NCMP) daripada Parti Kemajuan Singapura (PSP), Cik Hazel Poa.

Beliau menukil kajian yang menunjukkan cukai sedemikian dapat “menurunkan permintaan bagi minuman bergula sebanyak 15 peratus”.

Dalam jawapannya, Menteri Kesihatan, Encik Ong Ye Kung, berkata: “Kami amat keberatan untuk menimbangkan cukai seperti itu. Prinsipnya tidak salah – cukai ‘dosa’ sememangnya menjadi dasar pemerintah.”

Sebab itu ada cukai ke atas rokok, tambahnya.

Menurut Encik Ong, gula sebaliknya adalah produk yang lazim digunakan. Jika gula dikenakan cukai kerana ia memudaratkan kesihatan, maka cukai boleh diperluas lagi atas sebab sama.

“Anda juga boleh mengenakan cukai garam, contohnya, atau cukai minyak,” ujar beliau.

Sebaliknya, Singapura memilih untuk menggalak pilihan lebih sihat, dengan sistem tanda Nutri-Grade untuk minuman manis yang memberi gred A bagi minuman paling sihat, hingga D bagi minuman paling tidak sihat.

Laporan Global WHO Mengenai Penggunaan Cukai Minuman Manis Bergula 2023, yang dikeluarkan pada 5 Disember menyatakan “bukti yang menyokong usaha melaksana atau menaikkan cukai ke atas minuman manis bergula adalah kukuh”.

Ia berkata minuman manis “adalah antara sumber utama pengambilan gula di banyak negara, namun ia menawarkan sedikit nilai khasiat tambahan atau tiada nilai khasiat”.

Menurut laporan itu lagi, pengambilan minuman manis yang meningkat turut dikaitkan dengan risiko meningkat menghidap berat badan berlebihan dan obesiti, serta kesan kesihatan buruk termasuk diabetes Jenis 2, penyakit kardiovaskular, kerosakan gigi dan osteoporosis (tulang reput).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >