Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

TAUFAN GABRIELLE LANDA NEW ZEALAND

3 maut, ribuan hilang tempat tinggal sedang Taufan Gabrielle mula reda di NZ

Feb 16, 2023 | 05:30 AM



WELLINGTON: Taufan Gabrielle yang meragut tiga nyawa dan menyebabkan ribuan mangsa kehilangan tempat berteduh mula reda dan berlalu dari New Zealand pada Rabu.



Ini sedang negara tersebut mula menilai kerosakan yang berpunca daripada banjir, tanah runtuh dan angin kuat yang melanda dan setakat ini, pihak berkuasa menganggarkan lebih 10,000 orang kehilangan tempat tinggal.



'Pukulan' Taufan Gabrielle yang turut membawa ombak besar yang melanda Pulau Utara juga mendorong kerajaan New Zealand mengisytiharkan darurat - hanya kali ketiga dalam sejarah negara itu.



Taufan Gabrielle mula melanda New Zealand pada Ahad sebelum ia bergerak ke pantai timur Pulau Utara, menganggu bekalan sumber di seluruh bandar, memusnahkan ladang, jambatan dan ternakan, serta menyebabkan banjir yang menjejas rumah-rumah sehingga memaksa orang ramai cari perlindungan di bumbung rumah masing-masing.



Menteri Pengurusan Kecemasan, Encik Kieran McAnulty, berkata dalam satu taklimat media yang disiarkan di televisyen bahawa meskipun mereka sudahpun mengharungi bahagian paling teruk ribut tersebut, mereka masih belum lagi terlepas daripada bahaya.



"Ia merupakan bencana yang ketara dan akan mengambil berminggu-minggu untuk kawasan yang paling teruk terjejas kembali pulih... kami akan menghadapinya untuk jangka yang panjang."



Encik McAnulty menambah pengisytiharan darurat itu diperlukan bagi membantu mereka yang terjejas akibat kerosakan disebabkan oleh taufan berkenaan.



"Cuaca sebegini tidak pernah berlaku sebelum ini yang memberi kesan kepada sebahagian besar Pulau Utara," kata Encik McAnulty.



Penduduk yang tinggal di kawasan yang teruk terjejas kini sedang diminta untuk berjimat bekalan air dan makanan kerana bimbang berlakunya kekurangan bekalan.



Sebilangan bahagian Pulau Utara, New Zealand, di mana 75 peratus daripada 5 juta penduduk di negara itu tinggal, sedang berdepan dengan ribut besar kedua mereka. Hujan yang mencapai paras rekod bulan lalu mencetuskan banjir kilat.



Para kakitangan kecemasan pada Rabu menemui mayat yang dipercayai merupakan seorang anggota bomba relawan yang dilaporkan hilang sebelum ini sejak malam Ahad menyusuli kejadian tanah runtuh di sebuah pantai yang terletak berdekatan dengan Auckland, bandar terbesar di negara itu.



Awal sebelum itu, Jabatan Bomba dan Kecemasan New Zealand mengesahkan terdapat seorang anggota bomba relawan yang tergelincir ketika menuruni bukit di bandar tepi pantai berhampiran Auckland manakala seorang lagi anggotanya berjaya diselamatkan dan kini berada dalam keadaan kritikal di hospital.



Dua lagi mangsa disahkan meninggal dunia di Hawke's Bay, sebuah wilayah di pantai timur Pulau Utara.



Sebelum ini darurat diisytiharkan sebanyak dua kali berikutan gempa bumi bermagnitud 6.3 di Christchurch serta pandemik Covid-19.



Taufan Gabrielle yang melanda beberapa pulau kecil di timur laut Auckland kini mula bergerak ke bahagian barat daya.



Taufan itu menyebabkan beberapa penempatan pantai di Pulau Utara dipindahkan disebabkan hujan lebat, banjir dan angin ribut.



Ramai mangsa yang terjejas tidak mempunyai bekalan elektrik, jalan raya ditutup dan beberapa bandar terputus hubungan sepenuhnya.



Sebuah kapal tentera laut New Zealand juga kini dikerah bagi memberi isyarat kecemasan di timur pantai negara itu.



Timbalan Pengawal Pengurusan Kecemasan Auckland, Cik Rachel Kelleher, berkata kejadian itu menjadi peristiwa penting di wilayah itu dan meminta orang ramai untuk menjaga satu sama lain. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >