Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

41 maut, 80 cedera apabila hospital di Korea Selatan terbakar

Jan 27, 2018 | 05:30 AM



MIRYANG (Korea Selatan): Sekurang-kurangnya 41 orang maut dalam kebakaran di sebuah hospital di Korea Selatan, manakala lebih 80 lagi cedera, dengan lapan yang cedera dalam keadaan kritikal.



Menurut pihak berkuasa, kebakaran dipercayai bermula kira-kira 7.30 pagi waktu tempatan di bilik kecemasan tingkat pertama bangunan utama Hospital Sejong, di bandar tenggara Miryang, lapor agensi berita Yonhap.



Kebakaran dapat dipadamkam kira-kira dua jam kemudian. Hampir 100 pesakit dipercayai berada dalam bangunan hospital ketika kejadian.



Seramai 52 orang, kebanyakannya pesakit dipindahkan ke empat buah hospital berdekatan, kata pihak berkuasa.



Sementara 93 pesakit dari bangunan bersebelahan berjaya dipindahkan dan semua dilaporkan selamat.



Hospital itu turut menempatkan pusat penjagaan.



Identiti mangsa masih belum dikenal pasti.



Menurut Ketua balai bomba Miryang, Choi Man-woo, anggota mereka akan menyiasat punca kebakaran itu dan punca kebakaran masih belum dikenalpasti.



Api yang merebak dengan cepat itu berjaya dipadamkan dalam masa 1 jam 40 minit.



Encik Choi berkata, pihaknya berjaya membawa keluar kira-kira 200 orang dari bangunan yang terbakar dan sebuah rumah penjagaan yang terletak di belakang hospital itu.



"Dua jururawat memberitahu api marak tiba-tiba dari bilik kecemasan," kata Encik Choi.



Kebanyakan daripada yang maut berada di tingkat satu dan dua hospital, tambahnya.



Presiden Moon Jae-In dilaporkan telah memanggil satu mesyuarat tergempar berhubung insiden itu bagi membincangkan langkah yang perlu diambil susulan kebakaran itu.



Saluran penyiaran Korea Selatan, YTN menunjukkan asap hitam keluar dari tingkap dan pintu masuk hospital.



Visual yang disiarkan di televisyen menunjukkan bangunan di Miryang itu diselubungi asap tebal dan beberapa buah kenderaan bomba tiba di tempat kejadian bagi memadamkan kebakaran.



Sekurang-kurangnya seorang pesakit dilihat dibawa keluar dari hospital manakala seorang lagi dibungkus dengan selimut.



Mangsa yang dipindahkan dirawat di empat hospital berasingan.



Bencana ini berlaku selepas sebulan kejadian 29 orang terbunuh dalam kebakaran di pusat kecergasan di bandar Jecheon. - Agensi




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >