Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

60% pengundi yakin tiada campur tangan pemerintah dalam pilihan raya Indonesia: Tinjauan

Mar 04, 2024 | 05:30 AM



JAKARTA: Mengikut tinjauan terkini yang diljalankan oleh Indikator Politik Indonesia, hampir 60 peratus responden percaya bahawa tidak terdapat campur tangan pemerintah dalam Pilihan Raya Presiden dan perundangan pada 14 Februari.


Namun, firma penyelidikan tersebut mengutarakan kebimbangan berkenaan dengan 34.8 peratus responden yang mempunyai pendapat sebaliknya.

“Kami kemukakan soalan kepada responden mengenai kepercayaan mereka sama ada pilihan raya umum 2024 bebas daripada campur tangan oleh golongan berkuasa.

“Kami dapati bahawa 59.8 peratus responden percaya sedemikian, berbanding 34.8 peratus yang tidak percaya,” kata penyelidik Indikator Politik, Dr Hendro Prasetyo.

Encik Hendro berkata jumlah yang besar daripada golongan yang mencurigai campur tangan pemerintah mencerminkan peningkatan ketidakpercayaan dalam kalangan pengundi, satu isu yang perlu diselesaikan Suruhanjaya Pilihan Raya Umum (KPU) dan Badan Pengawas Pilihan Raya (Bawaslu).

“KPU, Bawaslu, dan pemerintah perlu memberi tindak balas terhadap ketidakpercayaan awam mengenai campur tangan dalam pilihan raya,” tegas Dr Hendro.

“Kajian yang sama juga mendedahkan bahawa 82 peratus responden ‘puas hati dengan pengurusan pilihan raya,” tambah Dr Hendro.

Kajian tersebut dijalankan dari 18 hingga 21 Februari dan melibatkan 1,227 responden, dengan margin ralat sebanyak 2.9 peratus.

Kajian itu dijalankan selepas Presiden Joko ‘Jokowi’ Widodo dikritik hebat cuba mempengaruhi calon pilihannya.

Encik Jokowi, yang tidak boleh bertanding semula sebagai Presiden dan tidak menyokong calon secara jelas, menghadapi dakwaan semakin meningkat mengenai pelanggaran etika dan campur tangan menjelang pilihan raya.

Ia termasuk keputusan saat akhir mahkamah menukar peraturan pilihan raya bagi membenarkan anak lelakinya, Encik Gibran Rakabuming Raka, menjadi pasangan calon Encik Prabowo Subianto, namun Encik Jokowi menafikannya sama sekali.

Namun, keputusan anaknya menjadi pasangan kepada Encik Prabowo dilihat secara meluas sebagai tanda restu daripada presiden.

Pengkritik juga mendakwa Encik Jokowi menggunakan program populis untuk menyokong pencalonan Encik Prabowo.

Beberapa penganalisis berkata sokongan Encik Jokowi kepada Encik Prabowo dan anak lelakinya, dianggap sebagai satu usaha melindungi legasi dan mengekalkan pengaruh politiknya selepas Encik Jokowi memberi laluan kepada presiden baru pada 2024.

Encik Jokowi, yang kekal popular dalam kalangan rakyat Indonesia, tidak secara rasmi menyokong sesiapa pun dalam perlumbaan untuk menggantikan beliau.

Menteri Pertahanan Indonesia, Encik Prabowo, sudah melepasi minimum 50 peratus undi diperlukan bagi memenangi kerusi itu, namun pesaingnya mendakwa berlaku penipuan.

Encik Prabowo mendahului dengan 56.85 peratus undi, lebih dua kali ganda berbanding pesaing terdekatnya, menurut laman web, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Mantan Gabenor Jakarta, Encik Anies Baswedan, meraih 25.15 peratus undi, sementara bekas Gabenor Jawa Tengah, Encik Ganjar Pranowo, calon Parti Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDI-P), memperoleh 18 peratus.

Kemenangan Encik Prabowo memberinya jalan terus untuk menjadi presiden tanpa perlu menghadapi pilihan raya pusingan kedua.

Pilihan raya tersebut menampilkan tiga calon presiden, 18 parti politik yang bertanding untuk tempat di Parlimen di peringkat nasional, negeri, dan daerah, serta beratus-ratus calon senator.

PDI-P dijangka mengekalkan kedudukannya sebagai parti terbesar, walaupun bahagian tempatnya di Dewan Perwakilan Rakyat dijangka turun sebanyak 4 peratusan mata.

Beberapa pertubuhan masyarakat awam mendakwa terdapat penipuan pilihan raya berlaku di hampir semua wilayah di Indonesia sebelum, semasa dan selepas proses undian, lapor ABC.


Bermula daripada pemberian wang tunai untuk meredakan kesan perubahan iklim ke atas petani berpendapatan rendah, kepada kenaikan gaji penjawat awam pertama kali dalam tempoh lima tahun, dilihat sebagai sogokan kepada pengundi.

Pihak yang kalah dalam Pilihan Raya Presiden iaitu dalam kalangan pendukung Encik Anies dan Encik Ganjar telah menyuarakan tuduhan ke atas pelbagai kesalahan dalam proses pemilihan tersebut.

Mereka menyatakan bahawa terdapat ‘kecurangan’ yang berlaku di pelbagai tempat, dan menyeru supaya tindakan penyiasatan dijalankan serta keputusan dipertimbangkan semula.

Dakwaan itu berlaku sedang Encik Prabowo dan para pendukungnya, meraikan kemenangan mereka. Sokongan juga datang daripada beberapa pemimpin dunia yang menghantar ucapan tahniah kepada calon presiden yang berjaya itu.

Walaupun pengumuman rasmi oleh KPU hanya akan dibuat pada 20 Mac, pihak-pihak Encik Anies dan Encik Ganjar membantah pengumuman tersebut sehingga hasil rasmi diumumkan.

Selepas pengumuman rasmi oleh KPU, hasil tersebut akan disahkan oleh Parlimen, iaitu Majlis Permesyuaratan Rakyat (MPR).

Encik Prabowo dijangka mengangkat sumpah pada Oktober menggantikan Encik Jokowi sebagai presiden Indonesia..

Dr Luky Djani dari Jaga Pemilu (Penjaga Pilihan Raya) yang dikendalikan sukarelawan pemantau pilihan raya mendakwa beliau menerima kira-kira 300 laporan dakwaan pelanggaran.

Antaranya, dakwaan kertas undian telah disiapkan sebelum hari pilihan raya dan keputusan yang salah telah diambil dari pusat mengundi, melonjakkan undian calon tertentu – kebanyakannya untuk Encik Prabowo dan Encik Gibran.

Penyelidik di Pusat Kajian Perlembagaan di Universiti Andalas, Encik Feri Amsari berkata terdapat tanda-tanda penipuan walaupun sebelum berlakunya pilihan raya.

Gesaan itu dibuat walaupun terdapat komen pemerhati bebas bahawa tiada tanda-tanda penipuan dalam pilihan raya berkenaan, selain daripada beberapa isu seperti daftar pemilih yang dianggap lapuk serta kelewatan ketika pengundian. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >