Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

71 maut dalam serangan ISIS di makam Syiah di Syria

Feb 02, 2016 | 09:40 AM



BEIRUT: Pengeboman yang didakwa kumpulan pengganas Negara Islam di Iraq dan Syria (ISIS) dilakukannya membunuh 71 orang dan mencederakan berpuluh-puluh lagi pada Ahad (31 Jan), berhampiran sebuah makam Syiah di luar ibu negara Syria, Damsyik, menurut sebuah badan pemantau.


Pemantau Syria bagi Hak Asasi Manusia, yang berpangkalan di Britain, berkata 71 orang, termasuk lima kanak-kanak, terbunuh dalam dua letupan berhampiran makam Sayyida Zeinab.


Media pemerintah Syria sebelum ini melaporkan lebih 50 orang terbunuh dan lebih 100 cedera dalam apa yang digambarkan sebagai tiga letupan.


Agensi berita rasmi Sana berkata letupan pertama disebabkan oleh bom kereta yang diletupkan di sebuah stesen bas berhampiran makam tersebut, yang Ran dan kumpulan Hizbullah Lebanon telah berikrar akan mempertahankan.


Ia berkata dua pengebom berani mati kemudian menghidupkan tali pinggang letupan mereka apabila orang berkumpul di tempat kejadian.


Makam di selatan Damsyik itu dikatakan mempunyai kubur seorang cucu Nabi Muhammad saw dan dihormati sebagai tempat ziarah oleh orang Syiah.


Serangan itu berlaku sedang rundingan tajaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Geneva berjalan, walaupun kemajuannya perlahan.


Pada Isnin, kumpulan yang menentang Presiden Syria Bashar al-Assad berkata mereka akan bertemu utusan khas PBB, Encik Staffan de Mistura, selepas beliau memberi mereka "sambutan positif".


Mereka juga menerima jaminan daripada penyokong antarabangsa mengenai permintaan mereka bagi bantuan kemanusiaan dan menamatkan pengepungan serta serangan ke atas orang awam sebelum menyertai rundingan.


Perbincangan dengan rejim Syria telah dijadualkan semula untuk membolehkan perbincangan diadakan terlebih dahulu dengan kumpulan pembangkang itu. - AFP, Reuters




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >