Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

804 pegawai, anggota polis kena hukuman tatatertib

Oct 09, 2023 | 12:51 PM



KUALA LUMPUR: Polis Malaysia telah mengenakan tindakan buang tugas kepada 69 daripada keseluruhan 804 pegawai dan anggotanya yang melakukan pelbagai kesalahan tatatertib sejak bulan Januari hingga Ogos 2023.


Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman, Datuk Seri Azri Ahmad, berkata daripada 804 kes itu, 475 pegawai dan anggota polis dikenakan tindakan amaran.

Selain itu katanya 144 lagi dikenakan denda, lucut hak emolumen (84), tangguh pergerakan gaji (16), turun gaji (lapan) dan turun pangkat (lapan).

“Dalam tempoh sama juga, seramai 611 pegawai dan anggota ditahan kerja serta 173 digantung kerja dan sebanyak 2,354 kertas siasatan tatatertib dibuka,” katanya seperti dilaporkan Berita Harian Malaysia (BHM) pada Isnin.


Beliau berkata data hukuman tatatertib itu menunjukkan bahawa ketegasan dalam mengambil tindakan terhadap salah laku warga PDRM bukanlah retorik semata-mata.

“Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain mengeluarkan arahan KPN No.191 iaitu ‘total enforcement’ berkaitan Peraturan 3C Peraturan – Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan & Tatatertib) 1993, pada 26 Ogos 2023.


“Arahan itu adalah antara pelan tindakan jangka pendek yang digariskan mengikut ‘Fokus KPN ke 14’, selain mahu perkhidmatan PDRM bertunjangkan integriti dan tata kelola yang baik serta mendukung dasar-dasar kerajaan ke arah kesejahteraan rakyat.


“Arahan KPN itu juga adalah peringatan serius kepada pegawai polis bahawa kegagalan mereka menjalankan tanggungjawab penyeliaan terhadap anggota bawahan boleh menyebabkan mereka dikenakan tindakan mengikut peraturan tatatertib yang berkuatkuasa,” katanya.


Terdahulu, ucapan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain, tular di media sosial selepas memberi amaran terhadap pegawai bawahannya supaya berhenti bersekongkol dengan sindiket jenayah.

Beliau mengingatkan pegawai jabatan itu untuk berubah atau mereka akan diubah kerana akan wujud situasi pegawai polis yang sanggup membunuh antara satu sama lain disebabkan wang.

“Perkara ini berlaku disebabkan tiada penyeliaan di bawah (peringkat kontinjen dan daerah) untuk memantau dan melihat cara hidup pegawai dan anggota bawahan mereka.

“Seorang sarjan boleh memiliki Alphard, Vellfire, Mercedes? Apakah pegawai atasan bertanya, ada buat pengisytiharan harta?

“Benda itu semua sudah ada dalam arahan,” katanya seperti dilaporkan BHM susulan ucapannya dalam Majlis Amanat Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang, pada Sabtu.

Mohd Shuhaily berkata beliau menyedari terdapat penyelewengan yang dilakukan oleh kalangan pegawai dan anggota polis.

“Sebab itu ada antara pegawai dan anggota di bawah penyeliaan anda buat benda merapu-rapu, sebab apa, sebab bosnya sendiri tak ambil port (tak ambil peduli). Bukan setakat tak ambil tahu malah bos pun sama.


“Pergi beli kereta mewah berdua, kau ambil nombor ini, aku ambil nombor ini. Pergi dengan sarjan. Ada tak berlaku? Senyap. Sebab ini memang berlaku dalam pasukan,” katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >