Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:29
Maghrib
7:09
Isyak
8:23
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pegawai Home Team hadapi tindakan tatatertib dalam 131 kes diskriminasi sejak 5 tahun lalu

Anggota Parlimen ingin tahu bagaimana pegawai Home Team boleh buat aduan mengenai kesukaran di tempat kerja, ekoran kematian pegawai polis pada Julai.
Sep 19, 2023 | 07:25 PM



Jabatan Home Team dan ibu pejabat Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) telah menyiasat 310 kes diskriminasi di tempat kerja sepanjang lima tahun lalu, kata Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang, Encik K. Shanmugam.

Daripada jumlah itu, 131 adalah kes yang dibuktikan dan para pegawai Home Team yang bersalah telah dikenakan tindakan tatatertib, kata Encik Shanmugam dalam jawapan bertulisnya.

Sembilan daripada kes itu dilaporkan terus kepada Divisyen Perkhidmatan Awam (PSD) dan ibu pejabat kementerian itu

Encik Shanmugam mendedahkan perangkaan ini sebagai menjawab soalan dua Anggota Parlimen mengenai cara pegawai Home Team boleh membuat aduan mengenai kesukaran di tempat kerja.

Ini menyusuli kes seorang pegawai Pasukan Polis Singapura (SPF) yang mendakwa menjadi mangsa perkauman dan pembulian, yang kemudian didapati meninggal dunia di kaki blok Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) di Yishun.

Encik Shanmugam menerangkan, polis akan menyiasat dakwaan pegawai itu bahawa beliau dibuli oleh pegawai atasan dan dicela atas dasar perkauman oleh rakan pasukannya.

SPF juga berkata dakwaan ini yang bermula sejak 2015, telah disiasat sebelum ini dan didapati tidak berasas.

SPF adalah antara tujuh jabatan Home Team di bawah MHA. Jabatan lain ialah Biro Narkotik Pusat (CNB), Akademi Home Team (HTA), Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA), Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (ISD), Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) dan Perkhidmatan Penjara Singapura (SPS).

MHA juga terdiri daripada ibu pejabatnya dan tiga badan berkanun – Agensi Sains dan Teknologi Home Team (HTX), Penguasa Pengawalan Perjudian (GRA) dan Reben Kuning Singapura (YRSG).

Dalam jawapan bertulisnya pada Isnin, Encik Shanmugam berkata: “MHA mengambil pendirian tegas terhadap diskriminasi di tempat kerja. Semua dakwaan sedemikian dipandang serius dan disiasat. Jika kami dapati kesalahan dilakukan, pegawai yang bersalah akan dikenakan tindakan, tidak kira pangkatnya.”

Beliau tidak menyatakan di mana para pegawai itu berkhidmat dalam MHA atau jenis tindakan disiplin yang diambil terhadap mereka.

Encik Shanmugam juga berkata para pegawai boleh menggunakan “saluran-saluran yang ditetapkan” untuk membuat aduan atau melaporkan kesalahan.

Anggota Parlimen, Encik Murali Pillai (Bukit Batok), telah bertanya mengenai wadah untuk pegawai Home Team membuat aduan mengenai diskriminasi dan layanan tidak adil terhadap mereka oleh pegawai atasan, tanpa berasa bimbang mengenai tindakan balas terhadap mereka.

Dalam jawapannya, Encik Shanmugam menyebutkan adanya Saluran Rasmi bagi Pengendalian Rungutan, di samping Saluran bagi Pendedahan Etika Sulit, yang boleh digunakan oleh pegawai MHA untuk “melaporkan rungutan, diskriminasi di tempat kerja dan apa jua isu berkaitan tingkah laku tidak wajar kepada sebarang tahap pengurusan secara langsung”.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >