Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Abdeslam dikenakan tuduhan di Perancis berkaitan serangan Paris

Apr 28, 2016 | 12:13 PM



PARIS: Mahkamah Perancis mengenakan tuduhan pada Rabu (27 Apr) ke atas suspek serangan Paris, Salah Abdeslam, bagi peranannya dalam pembunuhan beramai-ramai pada November lalu itu, yang menyebabkan 130 orang mati, hanya beberapa jam selepas dia diekstradisi dari Belgium.



Abdeslam, warga Perancis asal Maghribi yang dibesarkan di Belgium, dipercayai merupakan ahli terakhir yang masih hidup skuad pengganasan yang menyerang kafe, dewan konsert dan Stadium Nasional di Paris pada 13 November.



Lebih satu bulan selepas ditangkap di Belgium, Abdeslam dibawa ke Perancis oleh helikopter pada awal Rabu, di mana dia secara rasmi diletak di bawah tahanan sebelum diheret ke mahkamah utama Paris.



Peguam Abdeslam, Encik Frank Berton, berkata dia dikenakan tuduhan pembunuhan, hubungan dengan kumpulan pengganas, pemilikan senjata dan bahan letupan serta penculikan berkaitan kes mengambil tebusan di Dewan Konsert Bataclan, tempat 90 orang terbunuh.



Perbicaraan ditetapkan pada 20 Mei, kata peguam veteran itu sambil menambah bahawa anak guamnya ditahan di Fleury-Merogis, sebuah kompleks penjara luas di luar Paris.



Menteri Kehakiman Jean-Jacques Urvoas berkata Abdeslam akan dipencilkan dan dipantau oleh "pengawal tegas" yang mahir dalam mengendalikan tahanan berbahaya.



Abdeslam ditahan di Brussels pada 18 Mac lalu selepas empat bulan melarikan diri sebagai orang paling dikehendaki di Eropah.



Pendakwa percaya dia bertanggungjawab bagi logistik untuk serangan Paris, kerana dia menyewa kereta dan bilik hotel yang digunakan oleh penyerang kumpulan pengganas Negara Islam di Iraq dan Syria (ISIS) itu.



Abangnya, Brahim, meletupkan dirinya dengan vest bunuh diri di sebuah bar, dan Abdeslam sendiri berkata dia sepatutnya melakukan perkara sama di luar stadium negara itu, tetapi menarik diri pada saat akhir. - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >