Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Amir Ukays dakwa pistol adalah 'mainan' buat tembak cicak

Oct 22, 2015 | 10:37 AM



KUALA LUMPUR: Bekas vokalis kumpulan Ukays, Amir atau nama sebenarnya Mohd Azmir Muhammad, 44 tahun, yang ditahan awal pagi semalam kerana dipercayai memiliki senjata api dibebaskan dengan jaminan polis, pada jam 5 petang hari sama.


Memetik laporan portal Berita Harian, Amir berkata, pistol berkenaan adalah pistol mainan yang digunakan untuk menembak cicak di rumahnya.


Menurutnya, pistol berkenaan seakan-akan pistol betul dan selalunya diletakkan di rumah.


Namun pada tengah hari Selasa, anak beliau membawa turun dan tertinggal pistol itu di dalam keretanya.


"Saya tidak sempat membawa naik semula kerana bergegas ke studio untuk latihan vokal program Gegar Vaganza2.


"Bagaimanapun, saya kurang bernasib baik apabila ditahan sepasukan polis ketika berada dalam kereta di kawasan letak kereta di rumah selepas pulang latihan," katanya kepada portal BHM berkenaan malam tadi.


Beliau turut bekerjsama dengan pihak polis ketika dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul untuk disoal siasat.


"Alhamdulillah, saya dibebaskan tidak sampai 24 jam selepas disoal siasat. Berita saya ditahan reman tidak benar.


"Saya memberi kerjasama kepada polis kerana saya tahu saya tidak bersalah, saya bukan perompak atau penjenayah. Tiada apa yang harus saya takutkan," katanya.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul, Penolong Pesuruhjaya (AC) R Munusamy, berkata, Amir dibebaskan sementara menunggu kertas laporan kes disiapkan untuk dihantar ke Jabatan Peguam Negara.


"Tindakan seterusnya terpulang kepada jabatan itu untuk memutuskan sama ada dia perlu didakwa di mahkamah atau sebaliknya, " katanya.


Polis sebelum ini melaporkan penyanyi berkenaan ditahan pasukan peronda ketika berada di dalam kenderaan jenis Proton Gen-2, di susur masuk ke Kampung Chubadak.


Pemeriksaan lanjut dilakukan anggota preman yang melakukan rondaan dan kemudiannya menemui sepucuk pistol berwarna hitam yang tertera tulisan 'Walther CP99 Compact' dengan nombor siri 12L20520.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >