Subuh
5:36
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:31
Maghrib
7:11
Isyak
8:26
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Anak Jokowi buat lompatan besar dalam politik Indonesia

Sep 26, 2023 | 03:11 PM



JAKARTA: Encik Kaesang Pangarep, anak Presiden Indonesia, Encik Joko ‘Jokowi’ Widodo, pada Sabtu menyertai Parti Solidariti Indonesia (PSI) dan selang dua hari kemudian dilantik pula sebagai pengerusinya dalam apa yang disifatkan sebagai lompatan terbesar yang pernah dibuat oleh ahli politik Indonesia.


Selama ini, beliau dikenali sebagai ahli perniagaan yang terlibat dalam bidang restoran makanan ringan dan pemilik kelab bola sepak.

Encik Kaesang tidak memberi petunjuk bahawa beliau akhirnya akan mengikut jejak langkah bapanya atau seperti abang sulungnya, Encik Gibran Rakabuming Raka yang kini memimpin bandar Solo, sebagai Wali Kota. Manakala menantu Encik Jokowi, Encik Bobby Nasution, ialah Datuk Bandar Medan.

Bagaimanapun, tidak seperti dua anggota keluarganya itu, Encik Kaesang tidak menjalin hubungan dengan Parti Demokratik Indonesia Perjuangan (PDI-P) yang memerintah.

Beliau masih muda, berusia 28 tahun.

Sebaliknya, beliau memilih untuk menyertai parti politik yang agak baru, PSI, kerana daya tarikannya yang kuat kepada generasi muda – golongan yang sering dikaitkan dengan kekecewaan terhadap politik.

“Dalam sudut yang berbeza, izinkan saya menyatakan bahawa apabila didekati dengan betul, politik boleh menjadi sumber perubahan positif dan kemakmuran,” kata Encik Kaesang dalam ucapan selepas dilantik sebagai pengerusi PSI di kongres parti itu di Teater Jakarta pada petang Isnin.

“Saya ikut jejak langkah bapa saya yang memasuki politik untuk memberi impak positif. Sejujurnya, perjalanan politik saya sendiri dipengaruhi oleh bapa saya,” tambah Encik Kaesang.

Dengan menyertai PSI, beliau bercita-cita untuk mendorong anak muda Indonesia supaya mengambil bahagian secara aktif dalam proses penggubalan dasar.

Walaupun PSI adalah sebuah parti kecil yang ditubuhkan hanya pada 2014 dan tiada wakil di Parlimen, ahli parti itu dalam kalangan anak muda dan mahir media sosial boleh memainkan peranan penting dalam merangsang sokongan untuk calon pilihan pada pilihan raya presiden Februari 2024.

“Saya mahu generasi saya terlibat secara aktif dalam hal ehwal awam. Saya percaya bahawa meneruskan kerjaya dalam politik adalah salah satu cara terbaik untuk golongan muda menyumbang.

“Saya menyertai politik untuk memastikan kerja positif yang dimulakan oleh ibu bapa saya terus bertahan. Saya komited untuk memerangi pesimisme dan sikap tidak peduli terhadap politik,” ujarnya.

Semasa dilantik memegang jawatan pengerusi, Encik Kaesang yang disertai isterinya, Cik Erina Gudono, yang dinikahinya tahun lalu, mendapat tepukan gemuruh daripada perwakilan PSI daripada seluruh pelusuk negara yang menghadiri kongres itu.

Pelantikannya mendapat persetujuan sebulat suara.

Namun, pelantikannya itu dilihat ramai penganalisis sebagai langkah mengukuhkan usaha bapanya untuk membina dinasti politik menjelang pilihan raya tahun depan.

Presiden Jokowi akan menamatkan penggal kedua dan terakhirnya pada tahun depan tetapi gerakannya untuk meletakkan saudara-maranya dalam kedudukan pengaruh politik telah menimbulkan kerisauan di negaranya itu.

Penganalisis politik berkata bahawa Presiden Jokowi sejak beberapa tahun kebelakangan ini dilihat cuba memastikan legasi pengaruhnya berterusan menerusi anak-anaknya.

Menurut tinjauan pendapat, Encik Ganjar Pranowo, ahli politik wilayah yang disokong oleh parti Presiden Jokowi sendiri PDI-P adalah pilihan untuk jawatan presiden, manakala mantan komander pasukan khas, Encik Prabowo Subianto, berada di tempat kedua dan mantan Gabenor Jakarta, Encik Anies Baswedan, di tempat ketiga.

Dinasti politik adalah perkara biasa di Indonesia. Ketika pemerintahan Presiden Suharto selama 32 tahun, anak sulungnya berkhidmat sebagai menteri Kabinet. Anak perempuan pengasas republik itu, Cik Megawati Sukarnoputri, berkhidmat sebagai presiden dan mengetuai parti politik terbesar di Parlimen, manakala anak perempuannya adalah Speaker Dewan.  – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >