Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Anwar gesa hentikan budaya ‘komisen untuk projek’

Aug 18, 2023 | 03:28 PM



KUALA LUMPUR: Budaya meminta dan memberi komisen kepada menteri dan parti politik untuk meluluskan projek pembangunan mesti dihentikan, kata Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim.


“Kalau syarikat buat duit, tiada masalah, tetapi jangan berikan RM10 juta ($2.92 juta) atau RM15 juta (daripada keuntungannya) kepada menteri atau parti politik seperti yang diamalkan sebelum ini.

“Saya difahamkan ramai yang marah kepada saya kerana membincangkan isu ini, tetapi semua orang tahu, tanya sahaja kepada pemaju di Wilayah Persekutuan.

“Kita kena hentikan perkara karut ini,” kata Datuk Anwar semasa berucap melancarkan Residensi Wilayah, Residensi Prihatin Madani dan majlis pecah tanah pusat penjaja Madani, di Bandar Tasik Selatan di Sungai Besi di sini pada Khamis, lapor The Star.


Katanya, beliau terkejut selepas melihat mesej WhatsApp daripada pegawai majlis bandaraya di Selangor yang mengadu tentang kekurangan komisen.

“Pegawai itu berkata dia tidak boleh ‘cari makan’ selepas saya menekankan tiada lagi komisen – tetapi, dia mempunyai gaji,” tambah beliau.

Menurut Datuk Anwar, jumlah yang dibelanjakan untuk memperoleh projek yang diragui boleh digunakan dengan lebih baik untuk menjalankan lebih banyak projek pembangunan, seperti perumahan dan kemudahan awam yang lebih baik buat golongan berpendapatan rendah.

Residensi Wilayah dan Residensi Prihatin Madani adalah projek perumahan yang menawarkan 1,010 unit kepada pembeli kali pertama daripada kumpulan M40 dan ke bawah.

Datuk Anwar berkata memandangkan Kuala Lumpur semakin pesat membangun, kerajaan telah menetapkan syarat bagi memastikan projek perumahan baru tidak akan menyebabkan golongan berpendapatan rendah terpinggir daripada pembangunan arus perdana.

Beliau berkata bagi memastikan Kuala Lumpur boleh didiami, lebih banyak kawasan lapang dan kawasan hijau perlu diwujudkan.

“Saya berharap dalam setahun dua ini, Kuala Lumpur akan menjadi sebuah bandar terkenal dengan mercu tanda yang bagus, hotel besar dan gerai bersih, cantik dengan cara tersendiri,” tambahnya.

Sementara itu, Datuk Anwar berkata beliau bersedia bekerjasama rapat dengan negeri pimpinan pembangkang iaitu Kedah, Terengganu dan Kelantan.

“Jika ada dana untuk orang miskin, maka mesti diberikan kepada mereka dan bukan kepada orang lain. Saya akan sangat tegas dalam hal ini,” katanya kepada pemberita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >