KUALA NERUS: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah memanggil 12 saksi berhubung kes rasuah dan salah guna kuasa dalam isu kecurian unsur nadir bumi (REE) di Kedah.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata semua saksi dipanggil itu sudah dirakam percakapan bagi membantu kertas siasatan.
Beliau berkata pihaknya juga menjangkakan akan ada lagi saksi dipanggil untuk dirakam percakapan termasuk Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.
“Saya tidak nafikan, beliau (Datuk Muhammad Sanusi) juga akan dipanggil kerana surat berhubung dengan perlombongan yang tular itu ditandatangani oleh beliau.
“Antara yang kita akan tanya, perkara itulah (surat berhubung perlombongan), sebab surat itu tular. Kalau betul, betullah (seperti yang dikatakan) dan jika tidak betul beliau kena nyatakan,” katanya selepas Program Cakna Rasuah SPRM bersama Media Zon Timur di sebuah hotel di sini, hari ini.
Yang turut hadir, Pengarah SPRM Terengganu, Hazrul Shazreen Abd Yazid; Pengarah SPRM Pahang, Hairuzam Mohmad Amin@Hamim dan Pengarah SPRM Kelantan, Rosli Husain.
Rintik hujan yang turun membasahi bumi di Singapura, enam tahun lalu, mencetus idea buat dua penggubah lagu, penulis lirik dan penyanyi muda, Shazza dan Umar Sirhan, mencipta karya romantis.
Setiap
Kecerdasan buatan (AI) sedang mentakrifkan semula cara perniagaan beroperasi dengan mengautomasikan tugas harian.
Bagi mereka yang pernah mengalami keajaiban produk ChatGPT, Midjourney dan seumpamanya
Syarikat pemula kecerdasan buatan (AI) milik hartawan, Encik Elon Musk, xAI, berjaya mengumpulkan AS$6 bilion ($8.1 bilion) dalam pendanaan siri B.
Ia kini mencapai penilaian sebanyak AS$24 bilion
Syarikat BYD China baru-baru ini melancarkan versi terkini teknologi hibrid pemalam atau ‘plug-in’ yang meningkatkan penjimatan bahan api dan kos, memperhebatkan persaingan dengan Toyota dan
Cukup saya fahami betapa liatnya nak membuat janji temu pemeriksaan kesihatan, biarpun, dalam hal seperti saya, kosnya ditanggung oleh majikan.
Prosesnya juga bukan menyeronokkan... tekan sana, tekan
Sering kita dengar masa skrin yang lama dan tidak terbatas membawa kesan padah kepada kanak-kanak.
Tetapi tahukah anda bahawa masa skrin ibu bapa juga mempunyai kesan terhadap pembangunan anak?
Pendig
Wanita yang mempunyai sejarah keluarga dengan barah harus menjalani ujian DNA tanpa mengira usia untuk melihat jika mereka mempunyai gen kanser keturunan yang bermutasi, yang meningkatkan risiko
Anda seorang ibu yang tinggal di rumah (SAHM) dan mahu kembali ke alam pekerjaan? Membayangkan langkah menuju ke alam yang sudah lama ditinggalkan atau belum sempat mencuba, boleh menimbulkan rasa
Sepanjang meniti perjalanan sebagai anak seni selama 17 tahun, pelakon kelahiran Kuala Lumpur, Muhammad Syafie Naswip, sering diberi watak dengan bebanan emosi yang mampu merentap tangkai hati
Dengan sinaran mentari yang kerap terik, adalah penting menggunakan krim pelindung matahari dan pelindung suria bagi membantu menjaga kulit agar selamat dan sihat.
Bahkan ramai yang tidak menyedari

Ditanya bila Menteri Besar Kedah itu akan dipanggil, Tan Sri Azam bagaimanapun berkata ia belum diketahui lagi.
“Bila akan panggil belum tahu lagi kerana saya serahkan kepada pegawai penyiasat dan mereka akan tentukan bila akan dipanggil,” katanya.
Dalam pada itu, Tan Sri Azam berkata pihaknya percaya ramai lagi saksi lain perlu dipanggil dan setakat ini tidak ada ahli politik yang dipanggil dalam kes terbabit.
Beliau juga mengesahkan pihak pegawai penyiasat sedang mengesan beberapa individu luar dari China.
“Saksi yang kita sedang kesan ini dikatakan membuat pelaburan kepada perlombongan REE ini dan pegawai penyiasat sedang mengesan saksi-saksi ini.
“Malah, sesiapa saja yang kita rasakan perlu panggil untuk dirakam percakapan, kita akan panggil tidak kira siapa, cuma cepat atau lambat saja,” katanya.
Ditanya apakah SPRM ditekan dalam isu siasatan kes ini termasuk motif siasatan yang didakwa mempunyai kaitan dengan Pilihan Raya Negeri (PRN), Tan Sri Azam bagaimanapun menafikannya.
“Tidak ada sesiapa yang menekan kami dalam kes REE ini dan kes ini juga tidak ada kaitan dengan PRN,” katanya.
Semalam, SPRM dilapor menahan pegawai kanan Perbadanan Menteri Besar (MBI) Kedah bersama seorang pengarah wanita sebuah syarikat bagi membantu siasatan kes membabitkan nilai rasuah lebih RM13 juta.
Suspek masing-masing berusia 40 dan 63 tahun itu ditahan masing-masing di Alor Setar, Kedah dan di ibu negara kini direman tiga hari sehingga esok. – BHM.