Subuh
5:36
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

BERITA

Asap kebakaran di Canada selimuti New York

Jun 08, 2023 | 05:47 PM



NEW YORK: Asap tebal daripada kebakaran hutan di Canada menyelimuti New York pada Rabu dalam apa yang disifatkan sebagai paling buruk sedang bandar-bandar di sepanjang pantai timur Amerika Syarikat mengeluarkan amaran mutu udara dan beribu-ribu penduduk meninggalkan rumah masing-masing di Canada.


Mayor New York menggesa para penduduk supaya duduk di rumah lebih-lebih lagi ketika jerebu tebal berlegar di udara dan cahaya kuning menyelaputi bangunan pencakar langit terkenal di Manhattan.

Keadaan membimbangkan itu menyebabkan beberapa penerbangan ditunda dan acara-acara sukan ditangguhkan.

Lebih 100 juta orang yang tinggal di kawasan timur laut Amerika sehingga menjangkau ke barat Chicago dan selatan Atlanta, telah diberi amaran mengenai masalah pencemaran udara selepas asap kebakaran bergerak beratus-ratus batu daripada Canada ke Amerika, kata Agensi Perlindungan Sekitaran Amerika (EPA).

Di Canada, api yang marak itu menyebabkan lebih 20,000 orang terpaksa berpindah dan meranapkan sekitar 3.8 juta hektar kawasan.

Perdana Menteri Encik Justin Trudeau berkata ini merupakan kejadian kebakaran paling buruk di Canada.

“Bau asapnya seperti seseorang sedang barbeku,” kata Encik Nicha Suaittiyanon, seorang pelancong berusia 30 tahun dari Thailand yang sedang makan angin di New York.

Beliau mengadu matanya gatal dan berair akibat jerebu yang melanda bandar yang terkenal sebagai Epal besar atau Big Apple itu.

Encik Hugh Hill, peguam berusia 43 tahun, pula menyatakan tekaknya terasa perit akibat jerebu yang disifatkan seperti asap daripada kayu terbakar.

Seperti penduduk New York yang lain, beliau terpaksa menutup mukanya ketika berjalan bersama anjingnya di Central Park yang merupakan taman bandar di Manhattan.

“Saya kurang pasti jika ia disebabkan elemen fizikal atau psikologi tetapi saya rasa terdapat manfaat memakai pelitup. Tentunya ia tidak akan menghalang segala-galanya tetapi anjing saya tetap perlu diajak jalan-jalan,’‘ kata beliau kepada AFP.

IQAir.com, yang memantau mutu udara di serata dunia menyatakan New York yang terkenal dengan langitnya yang membiru, sedang diselaputi indeks udara paling buruk berbanding bandar-bandar lain di serata dunia.

New Delhi yang terkenal dengan masalah pencemaran udara, adalah bandar kedua selepas New York yang biasanya di luar senarai 3,000 bandar terburuk mengalami pencemaran udara.

AirNow, suatu lagi badan pemantau udara, menyatakan kadar pencemaran di New York telah sampai ke paras bahaya 413 pada 5 petang - kurang sedikit daripada sakala maksimum 500. – AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >