Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:09
Isyak
8:23
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Asap tebalkembali selimuti Kalimantan Tengah

Indonesia rekod 3,788 tompok panas sejak awal tahun ini
Sep 29, 2023 | 11:28 AM



KALIMANTAN: Pejabat Pendidikan Palangka Raya di Kalimantan Tengah mengurangkan waktu persekolahan disebabkan asap tebal akibat kebakaran yang menyelubungi bandar itu yang kini memasuki hari keempat dan usaha memadamkan kebakaran giat dijalankan.


Balai Polis Palangka Raya dalam hantaran di Facebook pada Khamis menyatakan kawasan Palangka Raya mula terbakar sejak Isnin dan menjadi sukar dipadamkan disebabkan oleh musim kemarau dengan keadaan hutan terbakar dan sawah yang dipenuhi semak kering, pokok yang tumbang serta pelbagai jenis tanah kerikil.

Kebakaran itu berlaku sedang kebakaran tanah dan hutan kembali melanda sembilan wilayah lain di Indonesia dan Sumatera Selatan.

Menurut data Kementerian Alam Sekitar dan Perhutanan, sejak permulaan 2023 hingga 5 September lalu, sejumlah 3,788 tompok panas dikesan di seluruh negara.

Ia mencatatkan peningkatan sebanyak empat kali ganda berbanding tempoh yang sama pada tahun sebelumnya.

Ketua Pejabat Pendidikan Palangka Raya yang dikenali sebagai Encik Jayani menyatakan keputusan memulakan persekolahan lewat daripada biasa adalah hasil mesyuarat pejabat bersama wakil sekolah dan pengetua prasekolah, sekolah rendah dan sekolah menengah tempatan akibat asap tebal.

Encik Jayani menjelaskan bahawa semua acara, senaman atau kegiatan luar sekolah tidak boleh dijalankan sepanjang tempoh tersebut.

Pelajar dan guru diwajibkan memakai pelitup semasa melakukan kegiatan di luar.

Pasukan polis turut menasihatkan orang ramai supaya memakai pelitup apabila Palangka Raya diselubungi asap dan menggalakkan orang ramai agar tidak melakukan kegiatan di luar rumah.

Sedang Palangka Raya giat memerangi kebakaran tanah dan hutan bagi mengelak jerebu rentas sempadan di negara jiran seperti Singapura dan Malaysia, Agensi Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik (BMKG) negara itu menyatakan tiada kebakaran besar dalam tempoh empat tahun lalu.

Setakat ini, pihak berkuasa belum mengeluarkan data terkini, tetapi Sumatera Selatan dikesan mempunyai lebih banyak kawasan panas berbanding wilayah lain di Sumatera bulan ini.

Pada 6 September lalu, terdapat 386 tompok panas di Sumatera Selatan berbanding lapan di Jambi dan Riau, yang biasanya turut mengalami kebakaran hutan dan tanah, menurut (BMKG).

Ketua Bomba Ogan Komering Ilir di Palembang, yang dikenali sebagai Encik Muhammad, berkata kira-kira 99 peratus punca kebakaran hutan dan tanah kawasan itu berpunca daripada kegiatan manusia.

Kebakaran di Ogan Komering Ilir yang bermula sejak Ogos mungkin berlarutan sehingga November, memandangkan cuaca kering akibat kekurangan hujan sejak beberapa minggu lalu.

Di Indonesia, enam daripada 38 wilayah secara sejarah terdedah kepada kebakaran hutan dan tanah kerana tanah gambut, kata Ketua Agensi Bencana Indonesia, Encik Suharyanto.

Ia adalah Sumatera Selatan, Riau dan Jambi di pulau Sumatera dan Kalimantan Barat, Kalimantan Tengah dan Kalimantan Selatan di Borneo Indonesia.

Indonesia kini memerangi semakin banyak kebakaran hutan dan jerebu akibatnya, terutama ketika musim kering yang dijangka mencapai kemuncaknya pada bulan ini di seluruh negara.

Terdahulu BMKG memberi amaran Indonesia mungkin kekurangan hujan pada 2023 berikutan fenomena cuaca El-Nino, yang membawa cuaca lebih kering lagi panas ke Indonesia, sekali gus memanjangkan musim kemarau.

BMKG menjangkakan, musim kemarau luar biasa itu akan memuncak antara Ogos dengan Septembar, sekali gus meningkatkan risiko kebakaran hutan. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >