Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Askar Wagner batal mara ke Moscow demi elak pertumpahan darah

Capai kata sepakat dengan Kremlin; Ukraine dakwa pertelingkahan Moscow dengan ketua tentera Wagner telah malukan Russia dan Putin
Jun 25, 2023 | 01:28 PM



MOSCOW: Pasukan tentera upahan Russia yang sedang dalam perjalanan ke Moscow telah berpatah balik pada Sabtu, satu langkah yang disifatkan ketuanya sebagai bertujuan mengelakkan pertumpahan darah.


Ketua tentera upahan Wagner itu, Encik Yevgeny Prigozhin, yang juga mantan sekutu Presiden Russia, Encik Vladimir Putin, berkata askarnya telah tiba kira-kira 200 kilometer dari ibu kota Russia, Moscow.

Moscow juga telah mengerahkan askarnya untuk bersiap siaga dan memberitahu penduduk agar jangan keluar rumah, sedang pertelingkahan antara Encik Prigozhin dengan pegawai tertinggi tentera Russia menjadi tegang, dengan askar Wagner merampas sebuah ibu pejabat tentera yang penting di bahagian selatan Russia sebelum mara ke arah utara untuk mengancam ibu kota negara itu.

Kedutaan Singapura di Moscow juga telah menasihatkan warga Singapura di Russia agar jangan keluar rumah dan mengelakkan daripada perjalanan antara wilayah, di tengah-tengah keadaan keselamatan yang tidak stabil di daerah selatan negara tersebut.

Menerusi laman Facebook mereka pada Sabtu, kedutaan itu juga mengulangi nasihat perjalanan yang dikeluarkan Kementerian Ehwal Luar (MFA) Singapura pada Oktober yang antara lain menasihatkan warga Singapura untuk menangguhkan perjalanan ke wilayah Krasnodar Russia serta daerah Belgorod, Bryansk, Voronezh, Kursk dan Rostov dekat sempadan Ukraine.

Askar Wagner memutuskan berundur semasa dalam perjalanan ke Moscow pada Sabtu, dengan Kremlin mengumumkan bahawa Encik Prigozhin akan meninggalkan Russia untuk pergi ke Belarus.

Kremlin menambah, Russia juga tidak akan mendakwa Encik Prigozhin serta anggota tentera Wagner di mahkamah.

“Dalam 24 jam, kami tiba 200 kilometer dari Moscow dan dalam tempoh itu, tiada setitik darah askar kami pun yang tumpah.

“Dengan memahami... bahawa darah rakyat Russia yang akan tumpah di satu pihak, kami berpatah balik ke kem lapangan kami seperti yang dirancang,” ujar Encik Prigozhin yang memakai pakaian seragam kombat penuh di sebuah lokasi yang tidak didedahkan, menerusi sebuah video.

Encik Prigozhin, yang mempunyai pertelingkahan tegang dengan pucuk pimpinan tentera Moscow termasuk semasa pasukannya memimpin beberapa bahagian serangan Russia terhadap Ukraine, berkata beliau memahami pentingnya detik itu dan tidak mahu melihat pertumpahan darah rakyat Russia.

Menjelang pagi Ahad, Wagner juga telah menarik balik askar dan peralatannya dari Rostov-on-Don, di mana mereka telah merampas sebuah ibu pejabat tentera di sana, menurut gabenor daerah itu.

Moscow dan Encik Prigozhin kemudian turut mencapai kata sepakat hasil pengantaraan Presiden Belarus, Encik Alexander Lukashenko.

Di Ukraine, pegawai pemerintah tempatan berkata situasi di Russia itu telah memalukan Encik Putin.

Menerusi laman Twitter beliau, penasihat presiden Ukraine, Encik Mykhailo Podolyak, berkata:

“Encik Prigozhin telah memalukan Encik Putin dan negara itu serta menunjukkan bahawa tiada lagi monopoli ke atas keganasan.”

Meskipun Russia mendakwa langkah pemberontakan itu tidak menjejas kempen serangannya terhadap Ukraine, Kyiv berkata kekacauan itu menawarkan mereka peluang sedang Ukraine meneruskan rancangan serangan balas yang telah lama dinantikan. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >