Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Banjir: Ratusan dipindahkan di empat negeri di Malaysia

Dec 15, 2015 | 02:09 PM



MELAKA: Hampir 900 penduduk di Johor, Melaka, Negeri Sembilan dan Selangor dipindahkan akibat banjir yang disebabkan oleh hujan lebat pada Ahad (13 Dis), menurut laporan media.


Seramai 443 orang dipindahkan ke lapan pusat pemindahan di Selangor, kata penolong pengarah Jabatan Bomba dan Menyelamat Negeri, Encik Mohd Sani Harul, dalam satu kenyataan, menurut akhbar The Star.


Angka itu melompat daripada 309 yang dilaporkan sebelum itu.


Di Alor Gajah, Melaka, 355 mangsa banjir dipindahkan ke empat pusat pemindahan menjelang 9 pagi Ahad, lapor agensi berita Bernama.


Ia menukil Pegawai Pertahanan Awam Daerah Alor Gajah, Encik Mohammad Fairul Asikin Kadir, berkata pemindahan itu bermula apabila kawasan tersebut mula banjir pada 8.40 malam Ahad.


Di Negeri Sembilan, hujan lebat selama tiga jam pada petang Ahad menyebabkan banjir kilat di Bandar Springhill dan Kampung Sendayan, lapor akhbar New Straits Times.


Banjir berhampiran Bandar Springhill menyebabkan kesesakan lalu lintas sepanjang tiga kilometer, katanya.


Hujan lebat Ahad juga menyebabkan banjir di dua kampung di Pontian, Johor, memaksa pemindahan 61 penduduk.


Pegawai Daerah Pontian, Encik Kamarudin Abdullah, memberitahu Bernama air telah reda tetapi penduduk tidak dibenarkan pulang ke rumah mereka kerana paras air mungkin naik dan menyebabkan satu lagi banjir.


Bah juga mungkin menjejas Sabah minggu ini sedang taufan Melor melanda rantau ini, pihak berkuasa memberi amaran.


Taufan itu, yang akan membawa hujan lebat dan angin kencang antara 64 hingga 80 kilometer sejam, dijangka melanda kawasan pedalaman dan barat Sabah pada Khamis dan Jumaat, selepas melanda Filipina, lapor The Star.


Pengarah Jabatan Meteorologi Negeri, Encik Abdul Malek Tusin, berkata kawasan terlibat harus bersedia menghadapi banjir kilat.


Beliau juga menggesa dihentikan semua kegiatan laut keraa kesan taufan Melor boleh menyebabkan ombak setinggi 3.5 meter.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >