Subuh
5:36
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

AS beri amaran kepada negara Pasifik lepas Kiribati dapatkan khidmat polis China

Feb 27, 2024 | 02:35 PM



WASHINGTON/SYDNEY: Amerika Syarikat pada 26 Februari memberi amaran kepada negara Kepulauan Pasifik berkaitan bantuan daripada pasukan keselamatan China selepas Reuters melaporkan bahawa polis China sedang bertugas di pulau terpencil Kiribati, yang berjiran dengan Hawaii.


Pemangku Pesuruhjaya Polis Kiribati, Encik Eeri Aritiera, memberitahu Reuters minggu lalu bahawa pegawai China beruniform sedang bekerjasama dengan polis tempatan dalam melakukan kerja polis masyarakat di bawah program pangkalan data jenayah.


Kiribati ialah sebuah negara dengan 115,000 penduduk, yang pulau terdekatnya ialah adalah 2,160 kilometer ke selatan Honolulu.

Berita itu datang sedang Beijing memperbaharui usaha untuk meluaskan hubungan keselamatan di Kepulauan Pasifik, dalam persaingan semakin sengit dengan Amerika.

“Kami tidak percaya mengimport pasukan keselamatan dari China akan membantu mana-mana negara Pulau Pasifik.

“Sebaliknya, berbuat demikian berisiko mencetuskan ketegangan serantau dan antarabangsa,” kata jurucakap Jabatan Negara Amerika ketika diminta mengulas mengenai laporan Reuters itu.


Pegawai itu menambah bahawa Washington tidak akan bertolak ansur dengan “usaha penindasan rentas sempadan” China, termasuk percubaannya untuk menubuhkan balai polis di seluruh dunia.

“Kami bimbang tentang kemungkinan implikasi yang mungkin ada pada perjanjian keselamatan dan kerjasama siber, berkaitan keselamatan dengan China terhadap mana-mana autonomi negara Pulau Pasifik,” kata jurucakap itu.

Kiribati dianggap strategik bukan sahaja kerana kedudukannya yang agak hampir dengan Hawaii, bahkan kerana ia mempunyai salah satu zon ekonomi eksklusif terbesar di dunia, meliputi lebih 3.5 juta kilometer persegi Lautan Pasifik.

Ia menjadi pusat stesen pengesan satelit Jepun, dan China telah mengumumkan rancangan untuk membina semula landasan udara tentera Amerika Perang Dunia Kedua di Pulau Kanton Kiribati.

Ini menimbulkan kebimbangan Washington.

Amerika memberi reaksi dengan membuat ikrar pada Oktober akan menaik taraf pelabuhan di Kanton dan bekas pangkalan tentera Amerika itu, dan berkata ia mahu membuka kedutaan di Kiribati.

China tidak menjawab permintaan Reuters untuk mengulas mengenai peranan polisnya, tetapi dalam satu catatan media sosial pada Januari, kedutaannya menamakan ketua “balai polis China di Kiribati”.


Encik Aritiera berkata Kiribati meminta bantuan polis China pada 2022 tetapi tiada balai polis China dibina. Sehingga sedozen pegawai polis beruniform China tiba pada 2023 secara bergilir-gili selama enam bulan.

Sumber kedutaan China mengesahkan bahawa pegawai beruniform itu bekerja di Kiribati, namun menyatakan China belum menubuhkan balai polis.

Papua New Guinea, negara terbesar di Kepulauan Pasifik, berkata pada Februari ia tidak akan menerima tawaran bantuan polis dan teknologi pengawasan China, selepas berita bahawa ia sedang merundingkan perjanjian kerjasama polis dengan China mencetuskan kritikan dari Amerika dan Australia. – Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >