Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

NOTA DARI KL

Bolehkah Selangor jadi indikator Kerajaan Perpaduan?

3 penganalisis kupas persoalan sama ada negeri itu boleh tumbang ke tangan pembangkang
Aug 06, 2023 | 05:30 AM



Mutakhir ini di media sosial hinggalah ke kedai kopi, agak galak dibicarakan isu ‘survival’ Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri, yang masih di usia bayi.

Baru sembilan bulan menerajui kerajaan Persekutuan selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 pada November 2022, kini Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu perlu bekerja keras membantu gabungan PH-Barisan Nasional (PH-BN) memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 12 Ogos nanti.

Berbanding Kelantan, Terengganu, Kedah, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan, Selangor disebut-sebut sebagai lubuk emas yang paling didambakan lawan dan perlu dipertahankan PH-BN dalam PRN kali ini.

Banyak cakap-cakap mengatakan, jika Selangor tumbang ke tangan pembangkang, maka Kerajaan Madani yang dikepalai Pengerusi PH itu juga akan goyah. Persoalannya sejauh manakah kebenaran tanggapan ini?

Mengupas isu ini bersama tiga penganalisis politik, mereka sependapat ramalan itu sukar terjadi, waima jika PH-BN memenangi hanya satu negeri pada PRN nanti.

Penganalisis politik daripada Akademi Penyelidikan Strategik Nusantara (NASR), Profesor Madya Dr Azmi Hassan, berkata sebagai negeri termaju dan terkaya di Malaysia berdasarkan Hasil Dalam Negeri Kasar (GDP), ada pihak mengandaikan jika Selangor gagal dipertahankan PH-BN, maka ia seolah-olah menggambarkan Kerajaan Perpaduan di peringkat Persekutuan tidak stabil.

“Itu sebenarnya yang mahu digambarkan, tetapi sebenarnya ia tiada kena-mengena. Ia mengambil persepsi bahawa tumbangnya Selangor maka Kerajaan Perpaduan tidak stabil dan ada parti dalam gabungan itu mungkin menarik sokongan terhadap kerajaan.

“Jika kita ambil kira andaian yang ekstrem seperti PH di Selangor, Pulang Pinang dan Negeri Sembilan tumbang sekalipun, tidak mungkin akan menggugat Kerajaan Perpaduan kerana mereka mempunyai majoriti sokongan yang kukuh dan kuat di peringkat Parlimen,” katanya kepada Berita Harian (BH).


Bagaimanapun Dr Azmi berkata secara jujur ketika ini sukar menyatakan blok gabungan mana antara PH-BN dengan PN yang ke hadapan atau terkebelakang, kerana kedua-duanya mempunyai kelebihan dan mempamer kekuatan tersendiri di kalangan penyokong.

“Apapun, jangkaan yang boleh saya kongsi ialah keputusan setiap negeri mengekalkan status quo masing-masing pada PRN nanti, cuma mungkin berlaku pertambahan atau pengurangan kerusi buat setiap gabungan politik itu,” katanya.

Beliau menambah, keputusan PRN ini walaupun hanya membabitkan enam negeri akan menggambarkan isi hati rakyat Malaysia sama ada menerima pentadbiran Kerajaan Madani atau sebaliknya kerana jumlah pengundi menghampiri 10 juta iaitu hampir separuh daripada jumlah 21 juta yang layak mengundi dalam Pilihan Raya Umum (PRU).

Dalam pada itu, penganalisis politik daripada Universiti Utara Malaysia (UUM), Profesor Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani, berpandangan, analoginya kerajaan negeri banyak bergantung kepada Kerajaan Persekutuan, justeru tidak timbul isu keputusan PRN akan menggoyahkan Kerajaan Perpaduan.

“Saya lihat PH sendiri kebal di Selangor dan berkeyakinan negeri itu akan kekal status quonya. Keputusan PRN tidak akan beri kesan kepada Kerajaan Persekutuan apatah lagi kerajaan Datuk Seri Anwar yang umumnya stabil.

“Selangor di bawah Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari, berjaya menggariskan hala tuju ekonomi bagi rakyatnya. Namun, saya tidak menolak mungkin akan berlaku perubahan daripada jumlah kerusi dimenangi gabungan PH-BN dan PN,” katanya.

Ketua Jabatan Pengajian Kenegaraan dan Ketamadunan Universiti Putra Malaysia (UPM), Profesor Madya Dr Mohd Mahadee Ismail, berkata dalam sistem pemerintahan di Malaysia, pentadbiran peringkat Persekutuan tidak akan dipengaruhi PRN secara langsung.

“Cuma sekiranya Selangor kalah, imej Kerajaan Perpaduan diakui akan terjejas yang sekali gus boleh menterjemahkan petanda bahawa sokongan terhadap Kerajaan pimpinan Datuk Seri Anwar tidak kuat atau semakin tergugat.

“Saya fikir ia tidak akan berlaku (kerajaan tumbang) selagi mana parti politik yang membentuk Kerajaan Perpaduan tidak menarik sokongan terhadap PMX (PM Anwar),” ujarnya.

Enam negeri iaitu Selangor, Negeri Sembilan, Kedah, Pulau Pinang, Kelantan dan Terengganu akan menghadapi PRN pada 12 Ogos ini membabitkan 245 kerus Dewan Undangan Negeri, 572 calon dan hampir 10 juta pengundi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >