Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Calon naib presiden Indonesia mahu lepaskan jawatan Kabinet sebelum pilihan raya

Mahfud MD ambil keputusan berikut demi elak percanggahan kepentingan
Jan 24, 2024 | 03:20 PM



JAKARTA: Calon naib presiden Indonesia, Encik Mahfud MD, berkata beliau bercadang untuk melepaskan jawatannya sebagai menteri kanan menjelang pilihan raya bagi mengelakkan sebarang percanggahan kepentingan.


Selaku ketua Menteri bagi Keselamatan, Encik Mahfud, yang merupakan pasangan calon mantan gabenor Jawa Tengah, Encik Ganjar Pranowo, pada pilihan raya 14 Februari, berkata beliau hanya menunggu masa yang sesuai untuk mengemukakan peletakan jawatannya.

Keputusannya berikutan gesaan Encik Ganjar supaya calon naib presiden itu melepaskan peranan dalam pemerintah demi mengelakkan penyalahgunaan kuasa dalam usaha mereka.

Tidak ada keperluan untuk berbuat demikian di bawah peraturan semasa yang dikeluarkan oleh Presiden Joko ‘Jokowi’ Widodo, yang anak sulungnya ikut bertanding sebagai pasangan kepada Menteri Pertahanan, Encik Prabowo Subianto.

Kira-kira 204 juta rakyat Indonesia akan membuang undi pada Februari untuk memilih pemimpin baharu bagi menggantikan Encik Jokowi.

Beliau akan menamatkan penggal kedua dan lima tahun terakhirnya pada Oktober 2024.

Gesaan supaya calon-calon pilihan raya meletak jawatan semakin memuncak dalam beberapa minggu kebelakangan ini di tengah-tengah kebimbangan beberapa pegawai dan institusi menyokong calon tertentu pada pelbagai kesempatan.

Ini walaupun terdapat gesaan oleh Encik Widodo bahawa pemerintah, serta pasukan tentera dan polis, mesti kekal berkecuali.

Berusia 66 tahun, Encik Mohammad Mahfud Mahmodin atau lebih dikenali sebagai Mahfud MD, ialah menteri penyelaras politik, undang-undang dan ehwal keselamatan.

Perjalanan politiknya menunjukkan pengalaman luasnya dalam pelbagai peranan dalam ketiga-tiga cabang pemerintah – perundangan, eksekutif dan kehakiman.

Sebagai Menteri Penyelaras, Encik Mahfud adalah orang awam pertama yang memegang peranan penting itu, bebas daripada tradisi penguasaan tentera.

Dilahirkan pada 13 Mei 1957, di Daerah Omben, Sampang, Madura, Encik Mahfud bangkit daripada permulaan sederhana sebagai anak keempat daripada tujuh beradik.

Beliau mengatasi cabaran kewangan semasa pengajian undang-undang, mendapatkan biasiswa seperti biasiswa Canselor Universiti Islam Indonesia (UII) dan cemerlang dalam bidang akademik.

Selepas memperoleh ijazah sarjana dalam sains politik pada 1989 dan ijazah undang-undang pada 1993, Encik Mahfud meneruskan kerjaya akademik yang cemerlang.

Beliau berkhidmat dalam pelbagai peranan pentadbiran termasuk sebagai naib canselor UII dan sebagai canselor Universiti Islam Kadiri.

Kerjaya politiknya bermula pada tahun 2000 sebagai menteri pertahanan dan kemudian sebagai Menteri Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia di bawah presiden Abdurrahman ‘Gus Dur’ Wahid.

Selepas pemecatan Gus Dur pada 2001, Encik Mahfud meninggalkan Kabinet.

Pada 2004, Encik Mahfud meneruskan perjalanan politiknya dengan menjadi penggubal undang-undang di Dewan Rakyat di mana beliau mewakili Parti Kebangkitan Bangsa (PKB).

Beliau akhirnya melengkapkan portfolionya di ketiga-tiga cabang pemerintah dengan dipilih sebagai hakim Mahkamah Perlembagaan pada 2008. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >