Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Jokowi benarkan Prabowo, Mahfud cuti untuk kempen pilihan raya

Nov 29, 2023 | 02:35 PM



JAKARTA: Presiden Indonesia, Encik Joko Widodo, telah membenarkan Menteri Pertahanan, Encik Prabowo Subianto, dan Menteri Penyelaras bagi Hal Ehwal Politik, Undang-Undang dan Keselamatan, Encik Mahfud MD, bercuti untuk berkempen bagi pilihan raya presiden, kata seorang pegawai tinggi pemerintah di sini.


“Presiden, melalui Menteri Setiausaha Negara, telah memberi kebenaran kepada mereka,” kata penyelaras staf khas presiden, Encik Ari Dwipayana, ketika bercakap mengenai tempoh kempen Pilihan Raya Presiden 2024, yang bermula Selasa lalu.

Dalam satu kenyataan ringkas kepada wartawan pada Isnin, Encik Dwipayana berkata Encik Mahfud, calon naib presiden bagi calon presiden Encik Ganjar Pranowo, dibenarkan bercuti pada Selasa dan beberapa tarikh lain.

Encik Jokowi turut membenarkan Encik Prabowo, calon presiden yang bertanding bersama Encik Gibran Rakabuming Raka sebagai calon naib presidennya, bercuti bagi kempen pilihan raya.

Suruhanjaya Pilihan Raya Umum (KPU) menetapkan tempoh kempen dari 28 November 2023 hingga 10 Februari 2024, manakala pilihan raya presiden dan parlimen akan diadakan pada 14 Februari 2024.

Pilihan raya presiden ditandingi tiga pasangan calon presiden dan naib presiden: Encik Anies Baswedan-Encik Muhaimin Iskandar, Encik Prabowo Subianto-Encik Gibran, dan Encik Ganjar Pranowo-Encik Mahfud.

Encik Anies-Muhaimin dicalonkan dengan sokongan Parti NasDem, Parti Kebangkitan Negara (PKB), Parti Keadilan Sejahtera (PKS), dan Parti Ummat.

Encik Prabowo-Encik Gibran mendapat sokongan Parti Gerindra dan gabungan parti, termasuk Golkar, Parti Amanat Nasional (PAN), Parti Demokrat, dan Parti Gelora.

Encik Ganjar-Encik Mahfud mendapat sokongan Parti Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDIP), Parti Pembangunan Bersatu, Parti Perindo, dan Parti Hanura.

Sementara itu, lapan universiti di Yogyakarta menggesa para calon supaya menjalankan kempen mereka secara adil, demokratik dan aman.

Gesaan itu dibuat semasa satu acara di Universiti Gadjah Mada (UGM) pada 24 November, menurut laman web UGM, yang diakses agensi berita rasmi Antara pada Selasa.


Rektor UGM, Profesor Ova Emilia, dipetik sebagai berkata pilihan raya presiden dan parlimen perlu dijaga bagi memastikan pesta demokrasi berjalan mengikut perlembagaan dan mempunyai legitimasi mengikut prinsip demokrasi.

Terdapat 204,807,222 pengundi bagi pilihan raya 2024, 9,917 calon anggota parlimen untuk Dewan Perwakilan Rakyat (DPR), dan 668 calon bagi anggota Dewan Perwakilan Rakyat Daerah. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >