Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Cuaca di Auckland semakin buruk, hadapi ancaman banjir

Feb 01, 2023 | 05:30 AM



AUCKLAND: Bandar terbesar di New Zealand, Auckland, diancam dengan hujan lebat lewat semalam sehingga dijangka akan mengalami banjir dan kejadian tanah runtuh.



Perkhidmatan kaji cuaca New Zealand meramalkan cuaca buruk dijangka melanda bandar utama negara itu buat beberapa hari mulai semalam.



Ia juga mengeluarkan isyarat "merah" meramalkan ribut petir dan hujan lebat sebanyak 40 milimeter sejam.



"Kebimbangan kami adalah Auckland sangat terdedah kepada hujan," kata seorang pegawai ramalan cuaca, Cik Georgina Griffiths, dalam satu taklimat media di Auckland.



"Kami sudah jenuh dengan keadaan ini, paras air di sungai meningkat. Hujan lebat ini boleh mengakibatkan keadaan banjir yang boleh berlaku dengan cepat," ujarnya.



Para penduduk bandar yang berjumlah 1.6 juta orang itu, sibuk menghabiskan masa mereka kelmarin dengan membersihkan sekitar kediaman mereka, selepas hujan lebat dan banjir pada hujung minggu, mengakibatkan gangguan perjalanan, dan mengorbankan empat orang.



Rantau itu berada dalam keadaan bencana banjir selepas mengalami hujan selama 24 jam pada Jumaat dan Sabtu lalu.



Tiga buah syarikat insurans terbesar di negara itu berkata mereka telah menerima lebih 10,000 tuntutan sehingga kelmarin, dan masih terlalu awal untuk menentukan kadar tuntutan mereka.



Para penduduk kembali bekerja semalam, selepas cuti umum di Auckland dan mereka digesa supaya keluar jika perlu sahaja serta menimbangkan untuk bekerja dari rumah.



Sekolah-sekolah yang dijadualkan dibuka semula selepas cuti musim panas, akan terus ditutup sehingga 7 Februari ini, seperti yang diarahkan oleh Kementerian Pendidikan, bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas.



Walaupun jalan-jalan dan beberapa prasarana lain sudah dapat dipulihkan, pihak penguasa negara itu menggesa orang ramai supaya terus berhati-hati.



Keadaan licin boleh menjejas laluan kereta api dan bas.



Amaran juga dikeluarkan tentang kemungkinan terjadinya ribut yang boleh menjejas perjalanan di sepanjang Harbour Bridge.



"Hujan dijangka mengakibatkan paras sungai dalam keadaan berbahaya. Banjir yang terjadi akibat hujan akan mengganggu perjalanan, beberapa jalan raya tidak boleh dilalui dan kemungkinan menyekat pergerakan penduduk," kata pengawal pengurusan kecemasan Auckland, Cik Rachel Kelleher.



Beliau berkata, lapangan terbang domestik di bandar itu beroperasi sepenuhnya, sementara Lapangan Terbang Antarabangsa Auckland pula hampir mencapai kapasiti dan diharap dapat memulihkan operasi seperti biasa secepat mungkin.



Auckland mengalami hujan paling banyak tahun ini dan Januari adalah yang paling buruk.



Keadaan yang sama dikatakan turut dialami di California, sejak Disember hingga Januari, mengakibatkan 17 orang maut berikutan banjir di beberapa buah bandar di negara itu. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >