Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Dalang serangan Jakarta dipenjara 9 tahun

Nov 24, 2016 | 10:25 AM



JAKARTA: Seorang dalang serangan pengganasan 14 Jan di Jakarta dihukum penjara sembilan tahun pada Rabu (23 Nov) kerana membiayai, merekrut dan membekalkan senjata bagi serangan itu.



Sebuah mahkamah rendah berkata terdapat bukti mencukupi untuk membuktikan Abu Gar "membantu dalam tindakan pengganasan". Militan berusia 43 tahun itu tidak berhasrat merayu terhadap hukuman tersebut.



Serangan terang-terangan itu, yang membawa kepada kematian lapan orang, termasuk empat pengganas, adalah serangan pengganasan pertama di Indonesia sejak pengeboman di Hotel JW Marriott dan Ritz-Carlton Hotel pada 2009. Tujuh orang mati dan 50 cedera, termasuk beberapa orang asing, dalam dua serangan itu.



Serangan Januari lalu dilakukan oleh kumpulan 'Jakarta Empat' yang terdiri daripada Sunakim alias Afif, Muhammad Ali, Dian Jun Kurniadi dan Ahmad Muhazin.



Kumpulan pengganas Negara Islam di Iraq dan Syria (ISIS) kemudian mendakwa bertanggungjawab bagi serangan tersebut.



Siasatan menunjukkan Abu Gar bersama Jakarta Empat menjadi pengikut ideologi radikal Aman Abdurrahman.



Pada November tahun lalu, Aman, yang sedang menjalani hukuman di penjara keselamatan maksimum Nusakambangan, memberi Abu Gar mesej kononnya daripada ISIS yang menyuruh dilakukan serangan di Indonesia serupa serangan Paris.



Abu Gar enggan mengambil bahagian secara langsung dalam serangan itu, dan sebaliknya menawarkan untuk menyelaras dan merekrut orang.



Dengan bantuan rakan sebilik penjara Aman, Iwan Darmawan Muntho alias Rois, Abu Gar mengumpulkan kumpulan Jakarta Empat untuk melakukan serangan itu.



Rois kini menunggu hukuman mati bagi peranannya dalam pengeboman kedutaan Australia di Jakarta pada 2004.



Pendakwa berkata Abu Gar merekrut Ali dan memperoleh pistol yang ditemui di sisi Ali dan Sunakim selepas mereka terbunuh dalam serangan tersebut.



Mahkamah juga mendengar pada Rabu bahawa Abu Gar juga memberi Ali wang 200 juta rupiah ($21,000) bagi serangan itu.



Polis berkata wang itu dipindahkan kepada Abu Gar dari Syria tahun lepas oleh Abu Jandal, seorang pengganas Indonesia yang menyertai ISIS di Timur Tengah.



Pihak pendakwaan berkata Abu Gar, di bawah arahan Aman, mengarahkan empat lelaki itu menyerang sebuah kafe Starbucks di bangunan Menara Cakrawala di Jalan M.H. Thamrin di pusat bandar Jakarta.



Sasaran utama mereka warga Perancis dan Russia.



Abu Gar antara sekumpulan sekurang-kurangnya 17 suspek yang didakwa berkaitan serangan Januari.



Bulan lalu, seorang pembuat bom berusia 23 tahun, Dodi Suridi, dihukum penjara 10 tahun kerana membantu membuat bahan letupan bagi serangan itu, manakala Ali Hamka, 47 tahun, dipenjara empat tahun kerana cuba memperoleh senjata api bagi serangan tersebut.



Sementara itu, unit antipengganasan elit polis, Detachment 88 (Densus 88), menahan seorang lelaki, Rio Priatna, 23 tahun, di Majalengka, Jawa Barat, pada Rabu kerana disyaki ada kaitan dengan rangkaian pengganas yang sama dengan Aman dan Bahrun Naim, seorang lagi warga Indonesia dipercayai telah menyertai ISIS di Syria.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >