Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Disney buka rasmi resort pertamanya di China

Jun 16, 2016 | 01:41 PM



SHANGHAI: Disney hari ini membuka rasmi resort bertemanya di sini dengan harapan ia dapat menarik kunjungan ribuan golongan kelas pertengahan warga China.



Gerbang pintu Magic Kingdom Disney itu dibuka 30 minit lebih awal bagi membolehkan ribuan pengunjung yang tidak sabar menunggu untuk masuk dan menjadi orang-orang pertama mencuba beberapa tarikan utama taman itu, seperti roller-coaster sains fiksyen "Tron".



Resort Disney Shanghai itu merupakan taman Disney ke-6 di dunia dan yang pertama di tanah besar China.



Ia sudah pun mempunyai resortnya di Hong Kong.



Seluas 3.9 kilometer persegi di pinggir Shanghai, resort tersebut bernilai AS$5.5 bilion ($7.4 bilion) - pelaburan asing paling besar di China.



Resort tersebut mensasarkan sekitar 330 juta orang yang tinggal dalam kawasan perjalanan tiga jam ke Shanghai sebagai pengunjung potensinya.



Bercakap di majlis pembukaan rasmi resort itu, pengerusi dan ketua eksekutif Disney, Encik Bob Iger, berkata:



"Ini merupakan antara detik paling merangsangkan dalam sejarah syarikat Walt Disney Company," katanya. - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >