Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Doktor gigi Palestin buka klinik di khemah pelarian di Gaza

Apr 05, 2024 | 12:38 PM



GAZA: Klinik beliau yang serba moden dan lengkap dengan peralatan musnah akibat pengeboman Israel di Jaluran Gaza.


Namun, Dr Najdat Saqr, tidak patah semangat.

Malah, beliau bertekad untuk terus menawarkan khidmat rawatan pergigian kepada rakyat Palestin yang mendapatkan perlindungan di khemah pelarian di Gaza.

Untuk berbuat demikian, beliau telah memungut peralatan rawatan yang boleh diselamatkan dari puing-puing bangunan yang pernah menempatkan kliniknya itu.

Dr Saqr kemudian mendirikan khemah untuk dijadikan klinik sementara bagi merawat pesakit di kem pelarian Nuseirat.

“Sekitar 80 peratus daripada kerja kami di sini membabitkan rawatan saluran akar gigi yang melibatkan penggunaan anestesia atau ubat pelali. Saya masih ada bekalan ubat pelali ini tetapi hampir kehabisan,” kata beliau.

Menurutnya, selepas enam bulan perang meletus, beliau bertekad untuk terus bekerja meskipun kliniknya di bulatan Nuseirat telah musnah akibat dibom beberapa kali.

“Saya mengambil kerusi rawatan dan beberapa peralatan dari bawah runtuhan dan memindahkan segala-galanya dengan tuk-tuk dari klinik ke sini,” cerita Dr Saqr.


Sijil kelayakan profesional Dr Saqr digantung pada tiang khemah klinik pergigian sementaranya itu.

“Saya mempunyai banyak sijil yang saya raih hasil kerja keras selama ini. Saya sempat menyelamatkan kesemuanya dari klinik lama saya yang kini hanya tinggal kenangan,” tambahnya.

Israel telah memusnahkan Jaluran Gaza sejak melancarkan serangan ketenteraan selepas pencerobohan rentas sempadan oleh Hamas pada 7 Oktober.


Serangan Hamas itu telah membunuh lebih 1,400 orang dan 240 yang lain dijadikan tebusan.


Serangan balas berterusan Israel di Gaza setakat ini telah membunuh lebih 32,000 rakyat Palestin, kebanyakannya kanak-kanak dan wanita, serta mencederakan sekurang-kurangnya 70,000 orang. – Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >