Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Dua calon Pakatan Harapan menang di Simpang Jeram, Pulai

Sep 09, 2023 | 09:30 PM



MUAR: Calon Pakatan Harapan (PH), Encik Nazri Abdul Rahman menang di Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram selepas semua 69 peti undi dikira pada Sabtu malam.


Ia berdasarkan keputusan tidak rasmi sehingga 8.30 malam Sabtu, sehingga akhbar ini dicetak.

Menurut keputusan tidak rasmi, Encik Nazri mendahului dengan 13,844 undi, manakala calon Perikatan Nasional (PN), Dr Mohd Mazri Yahya mendapat 10,330 undi dan calon Bebas, S Jeghanaathan mendapat 311 undi.

Keputusan penuh itu menyaksikan PH berjaya mempertahankan kerusi itu dengan majoriti tinggi.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor tahun lalu, PH melalui calonnya, Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub menang dengan majoriti 2,399 undi.

Pilihan Raya Kecil (PRK) Simpang Jeram diadakan serentak dengan Parlimen Pulai susulan kematian Allahyarham Salahuddin pada 23 Julai lalu akibat pendarahan otak.

Sementara itu, seorang lagi calon Pakatan Harapan (PH), Encik Suhaizan Kayat, mendahului keputusan tidak rasmi PRK bagi Parlimen Pulai, setakat 8.45 malam.

Encik Suhaizan meraih 18,331 undi berbanding calon Perikatan Nasional (PN), Encik Zulkifli Jaafar pula mendapat 11,028.

Encik Samsudin Mohamad Fauzi yang bertanding sebagai calon Bebas pula meraih 201 undi.

Awal sebelum itu, Berita Harian Malaysia (BHM) melaporkan proses pengundian bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram pada Sabtu berjalan lancar tanpa sebarang perkara tidak diingini dilaporkan berlaku.


Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat, berkata sepanjang tempoh pengundian dari 8 pagi hingga 6 petang, semua 61 Pusat Mengundi berjalan lancar dengan dikawal dan dipantau pihak polis serta petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Menurutnya, walaupun terdapat aduan berlaku sedikit kekecohan di Pusat Mengundi Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Abong, Muar akibat sorakan dua kumpulan penyokong parti, ia berjaya dikawal.

“Di SMK Sungai Abong dalam 10 pagi hingga 11 pagi, terdapat dua kumpulan penyokong dua parti berada pada jarak yang dekat dan mereka berbalas sorak. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >