Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Dubai mahu bina pencakar langit berputar pertama di dunia

Feb 23, 2017 | 10:22 AM



DUBAI - Bandar Dubai merancang membina bangunan pencakar langit berputar yang pertama di dunia, yang akan memberi penghuninya pemandangan 360 darjah.



Dijadualkan siap pada 2020, Dynamic Tower Hotel adalah ilham arkitek David Fisher daripada Dinamik Architecture.



Bangunan 80 tingkat setinggi 420 meter itu akan mempunyai lantai yang boleh berputar dalam kedua-dua arah. Pennhuninya boleh memprogram pangsapuri mereka untuk bergerak seiring dengan matahari, supaya mereka boleh mendapatkan cahaya matahari sepanjang hari. Mereka juga boleh menggunakan kawalan menggunakan suara untuk menyesuaikan kelajuan atau menghentikan putarannya.



Bagnunan pencakar langit itu, dikatakan menggunakan kuasa sendiri, menampilkan 79 turbin angin mendatar antara lantai, serta panel solar yang dipasang pada bumbung.



Bangunan Hotel Dynamic Tower itu telah dirancang pada 2008 tetapi projek itu ditangguhkan sehingga kini. Dynamic Architecture berkata di laman webnya menyatakan ia bukan lagi hotel tetapi "produk baru selaras dengan kehidupan hari ini".



Unit-unit pangsapuri boleh dibeli pada harga antara AS$4 juta (S$5.7 juta) dengan AS$40 juta, menurut CNN.



Dubai, bandar paling ramai penduduk di Amiriah Arab Bersatu, mempunyai ratusan bangunan tinggi, termasuk bangunan tertinggi di dunia - Burj Khalifa.



Ia juga mempunyai pulau buatan manusia dan pusat beli-belah terbesar di dunia.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >