Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Emirates terus henti khidmat juruterbang, kru kabin

Jun 11, 2020 | 10:15 AM



DUBAI: Syarikat penerbangan milik kerajaan, Emirates, telah memberhentikan lebih banyak juruterbang dan kru kabin semalam. 



Ia berlangsung pada hari kedua pemberhentian pekerja di salah satu syarikat penerbangan jarak jauh terbesar di dunia, kata tiga sumber syarikat.



Jurucakap Emirates enggan mengulas di luar kenyataan syarikat penerbangan itu kelmarin (9 Jun) yang menyatakan beberapa pekerja telah diberhentikan. Tidak ada maklumat lanjut yang diberikan.



Syarikat penerbangan yang berpangkalan di Dubai, Amiriah Arab Bersatu (UAE) itu telah memberhentikan ratusan juruterbang dan kru kabin kelmarin dalam usaha untuk mengatasi masalah tunai yang disebabkan oleh pandemik koronavirus, kata sumber kepada agensi berita Reuters.



Lebih banyak pembuangan kerja dijangka minggu ini, termasuk juruterbang Airbus A380 dan Boeing 777, kata sumber itu kelmarin.



Mereka yang kehilangan pekerjaan diberitahu bahawa jawatan mereka telah dibebaskan, kata sumber tersebut.



Penerbangan adalah salah satu industri yang paling teruk terkesan akibat penularan Covid-19, dengan syarikat penerbangan di seluruh dunia memberhentikan kakitangan dan memohon wang jaminan kerajaan.



Syarikat penerbangan negara itu pada Mei lalu menyatakan bahawa kerajaan Dubai telah berjanji untuk memberi Emirates ekuiti baru yang akan membolehkannya "memelihara tenaga kerjanya yang mahir". 



Emirates sejak itu menyatakan ia memerlukan masa hingga empat tahun untuk meneruskan khidmat penerbangan ke semua 157 destinasi yang dilakukan sebelum wabak tersebut.



Syarikat penerbangan itu beroperasi secara terhad, kebanyakannya perkhidmatan ke luar UAE sejak khidmat penerbangan penumpang digantung Mac lalu.



Ia bagaimanapun akan memulakan semula beberapa penerbangan bersambung bulan ini setelah UAE menarik balik penggantungan.



Emirates Group, syarikat induk negara yang merangkumi syarikat penerbangan itu, juga menyaksikan langkah  pemberhentian pekerja di syarikat perkhidmatan lapangan terbang, dnata. - Reuters




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >