Hishammuddin: Mahathir tidak seharusnya sertai bantahan Bersih

KUALA LUMPUR: Walaupun kehadiran mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di perhimpunan Bersih hujung minggu lalu membuat peserta teruja, ia tidak disenangi para pemimpin Umno.

Naib presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, berkata Dr Mahathir tidak sepatutnya melanggar prinsipnya sendiri dengan menyertai protes jalanan itu.

"Jangan bakar seluruh kelambu kerana satu nyamuk," kata Menteri Pertahanan itu dalam laman Facebook beliau.

Datuk Seri Hishammuddin berkata tidak wajar bagi negarawan yang dihormati menunjukkan sokongan kepada bantahan itu, yang merupakan satu ancaman kepada keharmonian negara menjelang sambutan Hari Kemerdekaan.

Beliau berkata Umno sudah lama menegakkan prinsip Dr Mahathir yang tidak mahu membawa perkara ke jalanan.

"Semasa perhimpunan besar-besaran yang diadakan pada 1998 pada zaman beliau, beliau dengan jelas mengatakan bahawa membantah di jalan-jalan bukan pendekatan betul untuk menjatuhkan kerajaan," katanya.

Bersih, sebuah kumpulan pembaharuan pilihan raya, menganjurkan perhimpunan hujung minggu lalu untuk membantah apa yang ia katakan sebagai percubaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mematikan kritikan dan menyekat siasatan terhadap dakwaan bahawa beliau menerima dana negara dalam akaun peribadinya.

Berpuluh-puluh ribu rakyat Malaysia berpakaian baju kuning kumpulan itu hadir bagi demonstrasi dua hari tersebut, yang sebahagian besarnya berjalan aman.

Dr Mahathir melawat bantahan itu pada kedua-dua hari. Di sana, beliau menyeru agar diadakan gerakan "kuasa rakyat" bagi menggulingkan Datuk Seri Najib kerana skandal kewangan tersebut. - THE STAR/ASIA NEWS NETWORK

Waktu Solat

Subuh
5:36
Syuruk
7:00
Zuhur
1:02
Asar
4:26
Maghrib
7:03
Isyak
8:18
3 HR PSI: 17
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.