Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Hubungan India-Mesir diperkukuh dalam lawatan pertama Modi ke Kahirah

Jun 26, 2023 | 12:21 PM



KAHIRAH: Mesir dan India mengadakan rundingan bagi perkukuh hubungan dalam bidang perdagangan, keselamatan bekalan makanan dan pertahanan, apabila Perdana Menteri India, Encik Narendra Modi, melakukan lawatan dua hari, mulai Ahad.


Dalam lawatan pertamanya ke Mesir itu, Encik Modi bertemu Presiden Abdel Fattah al-Sisi dan beberapa orang menteri Mesir yang ditugaskan dalam “Unit India,” selepas Encik Sisi berkunjung ke India pada Januari, dengan satu “perkongsian strategik” telah diumumkan.

Rundingan antara kedua-dua pihak pada Ahad itu mencakup soal perdagangan dan pelaburan, tenaga yang boleh diperbaharui, teknologi maklumat dan farmaseutikal.

“Perdana Menteri (Modi) dan Presiden Sisi turut membincangkan tentang kerjasama selanjutnya dalam G20, dengan menekankan isu-isu gangguan keselamatan makanan dan tenaga, perubahan iklim dan perlunya Dunia Selatan mempunyai satu suara,” menurut satu kenyataan dari pejabat Encik Modi.

Menurut kenyataan itu lagi, turut dibincangkan dalam pertemuan itu termasuk soal hubungan pertahanan dan keselamatan.

India sedang menimbangkan satu saranan bagi membenarkan Mesir – yang sedang menghadapi kekurangan matawang asing yang meruncing dan menghadapi kesulitan untuk menarik pelaburan asing – membuat pembelian dengan matawang rupees dan bertukar-tukar barangan seperti baja dan gas, menurut sumber-sumber yang memberitahu agensi berita Reuters pada awal Jun.


Bagaimanapun, soal saranan itu tidak pula dinyatakan, dalam kenyataan pada Ahad itu.

India dilihat amat berminat meningkatkan hubungan dengan Mesir, antara lain kerana ingin menggunakan Terusan Suez bagi tujuan perdagangannya.

India mengeksport barangan bernilai AS$4.1 bilion ($5.5 bilion) ke Mesir pada 2022, sementara importnya dari Mesir bernilai AS$1.95 bilion.

Semasa lawatan dua hari ke Mesir itu, Encik Modi turut melawat masjid Al Hakim Kurun Ke-11 yang telah diubah elok oleh masyarakat Islam Bohra, kumpulan serpihan Shiah, yang ramai di Gujarat, India.

Selaku Perdana Menteri, Encik Modi, seorang nasionalis Hindu, jarang melakukan lawatan ke masjid-masjid. – Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >